rss
twitter

CACING2

Hari ni mmg dh xlarat mengadap cacing2 n protozoa yg ada.. nk wat cmne dh mmg tggungjawab asbagai pelajar..knala study. lgpun esk kul 8 ada exam lab dia. tu la rajin yg terlebih ni..he3

dah bosan study, sy berhenti jap. and tulis blog.. nk tulis la skt pasal cacing ni..
nk share la apa yg sy blajar satu hri ni.. tapi sy describe in simple terms la..utk bacaan umum bkn utk bacaan budak2 medic or pakar2 kesihatan.. actually bkn sy tulis pn.. sy cri n paste je kat sini..

Mengenalpasti masalah kecacingan

Secara ringkas tanda-tanda kecacingan bergantung kepada jenis cacing yang terlibat dan bagaimana cacing ini boleh mendatangkan masalah kesihatan kepada perumah. Secara umumnya, tanda-tanda yang berlaku boleh diringkaskan seperti dalam jadual di bawah.



Rawatan kecacingan

Untuk mengatasi masalah kecacingan, dua langkah rawatan yang ditekankan ialah pengambilan ubat untuk membunuh atau mengeluarkan cacing dari dalam badan dan meningkatkan tahap kebersihan diri untuk mengelakkan jangkitan semula cacing. Di antara langkah-langkah meningkatkan tahap kebersihan diri yang boleh diamalkan ialah:

  • Memakai kasut apabila berjalan keluar dari rumah. Jangan sesekali berkaki ayam kerana larva cacing boleh mengorek tapak kaki untuk masuk ke dalam badan.

  • Perlu diingatkan bahawa telur cacing yang melekat pada pakaian dalam berupaya menjangkiti orang lain.

  • Mandi dan cuci bahagian dubur untuk mengelakkan telur yang dilekatkan pada bahagian tersebut.

  • Jangan garu pada bahagian dubur. Ini boleh menyebabkan berlakunya jangkitan pada kawasan tersebut.

  • Selepas kanak-kanak yang dijangkiti membuang air besar, cuci tangan dengan teliti. Cuci bahagian celah kuku untuk mengeluarkan telur cacing. Kerat kuku kanak-kanak sehingga pendek untuk mencegah telur cacing terlekat di celah kuku.

  • Cuci tangan dengan teliti sebelum makan atau selepas membuang air besar.

Jenis cacing

Tanda-tanda penyakit

Cacing kerawit

(ancylosotomadoedenali necator americanus)

Anemia (pucat yang disebabkan oleh kehilangan darah), tidak hadam makanan, batuk, pening, rasa mual, muntah, keletihan, gatal dan kemerahan pada tapak kemasukan cacing.

Cacing gelang

(ascaris lumbricoides, ascaris suum)

Tiada masalah padda jangkitan rendah, sakit perut, cirit-birit, saluran pemakanan tersumbat, tindak balas alergi.

Cacing rambu

Enterobius vermicularis

Tidak hadam makanan, gatal pada bahagian dubur terutama pada waktu malam dan tidak cukup tidur, aktiviti garu boleh menyebabkan jangkitan.


Jangkitan cacing

Ubat yang digunakan

Enterobius vermicularis

Mebendazol atau pirantel pamoate

Ancylosotoma duodenale

Mebendazol atau pirantel pamoate

Necator americanus


Ascaris lumbricoides

Mebendazol atau pirantel pamoate

Necator americanus




Bagi merawat cacing yang terdap
at di dalam badan perumah, terdapat dua jenis ubat anti cacing yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah kecacingan. Kedua-dua jenis ubat ini boleh diperoleh dari ahli farmasi atau setelah bertemu dengan doktor perubatan. Kesesuaian ubat tersebut bergantung kepada kos dan jenis cacing yang menjangkiti perumah.


Ubat mebendazol mempunyai sifat tidak terlarut di dalam air dan apabila diambil melalui mulut, ia tidak boleh diserap melalui saluran perut-usus untuk masuk ke dalam darah. Dengan demikian, ubat ini hanya berada di dalam saluran perut-usus sahaja sehingga ia di keluarkan melalui najis.


Apabila ubat ini sampai kepada cacing yang terdapat di dalam saluran usus, ia akan menghalang sistem kemasukan glukosa yang di perlukan untuk tenaga oleh cacing. Oleh itu, cacing tidak dapat bergerak aktif dan mati kemudiannya. Dos yang disyorkan kepada kanak-kanak ialah 100 miligram dengan sekali pemberian dan sekiranya masalah kecacingan berulang semula, dos yang sama diulangi selepas dua atau tiga minggu kemudian. Ubat ini tidak disyorkan kepada pesakit yang mengalami masalah sensitif kepada ubat ini atau ubat-ubat lain. Dalam keadaan pesakit yang mengalami masalah kegagalan hati atau buah pingggang, dos yang diberikan perlu dirujuk kepada doktor yang biasanya akan mengurangkan ubat yang diambil.


Ubat kedua boleh digunakan ialah pirantel pamoate. Ubat ini juga tidak larut di dalam air dan apabila dimakan. Ubat ini boleh mempunyai kesan sampingan sama seperti mebendazol dengan kesan sampingan seperti rasa mual, muntah, sakit perut, tiada selera makan dan cirit-birit. Ianya tidak boleh diberikan kepada pesakit yang menghadapi masalah kegagalan fungsi buah pinggang atau hati.


Dari segi tindakan ubat, ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis. Dos yang disyorkan kepada kanak-kanak adalah berdasarkan kepada berat badan kanak-kanak iaitu 10 miligram bagi setiap kilogram berat badan yang diambil dalam satu dos tunggal sahaja. Kebiasaannya jika seorang ahli keluarga dijangkiti cacing, maka rawatan perlu diberi kepada setiap ahli keluarga untuk mencegah setiap jangkitan cacing. Nasihat serta perhatian doktor perlu diperoleh sebelum memulakan rawatan dengan ubat.

Oleh Prof. Madya Dr. Mohamed Isa Abd Majid

Pusat Racun Negara, USM




RUPA2 CACING..

Cacing2 ni lah yg saya hafal sehari.bkn sehari, 2-3 hari dah...sangat berharap, esok saya boleh la menjawab dgn jayanya.




1. Cacing kerawit (Ancylostoma duodenale)



















2. Cacing gelang (Ascaris lumbricoides)














3. Cacing rambu (Enterobius vermicularis)














Takut x tgk rupa cacing2 ni??klau xnk kna jangkitan cacing ni.. bawak2 la ikut nasihat di atas..
k chow.. banyak lg xbaca ni...

1 comments:

Anonymous said...

TQ for interesting info.. lama dh cari info macam nih... Izin kan saya muatkan article nih dalam blog saya...

Post a Comment