rss
twitter

RUMAH TANGGA TANPA CITA-CITA ISLAM

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ


Secara umum, bagi rumahtangga yang tidak ada cita-cita Islam di dalamnya, tiada hasrat untuk membentuk rumahtangga berasaskan dakwah, di waktu ada masa terluang, mungkin menjelang tidur, waktu rehat-rehat, selepas balik daripada kerja atau di waktu-waktu cuti, perbualan suami isteri biasanya berkisar sekitar:



� Makan minum, pakaian, keperluan rumah, tukar perabot rumah, melancong, tukar kereta baru, macam mana nak tambah kewangan, buka perniagaan, tambah harta, main saham, dan hal-hal mengenai dunia semata-mata…



� Menceritakan hal ehwal anak2 dapat berapa A, tusyen anak, jiran-jiran, keluarga, rakan2 sekerja, masa depan, masa selepas pencen dan bila hendak naik pangkat…



� Cerita-cerita mengenai kerja di pejabat atau di sekolah terlalu banyak, tentang bos pejabat terlalu cerewet dan pilih kasih, guru besar suka menyinga, mengumpat dan mengata orang-orang tertentu, yang mereka benci atau iri hati…rakan2 ofis/sekolah yang baru tukar kereta…



Cerita soal solat, soal baca Al Quran, soal iman, cerita Islam, cerita ibadah, cerita akhlak, cerita Akhirat, cerita kiamat, cerita dosa pahala, cerita bertaubat, cerita syurga neraka, cerita bagaimana hendak mendidik anak-anak secara Islam dan cerita tentang gejala masyarakat yang tidak sihat, tidak ada di dalam agenda hidup mereka… Mereka tidak minat atau kurang minat hendak bercakap tentang ini semua…. Kalau nak solat, nak baca Quran, nak cerita2 agama, nak usrah atau apa2 hal agama, buat sendiri2 lah.. dalam bilik masing2… tidak ada galakan, tidak ada panduan dan dorongan, tidak ada nasihat ibu ayah pada anak2, tidak ada jemaah…..



Oleh yang demikian, di waktu2 senggang, waktu lapang, masing2 suami dan isteri akan sibuk mengurus dan mengejar cita2 masing2… Hujung2 minggu mereka penuh dengan aktiviti2 sosial, ekonomi, seminar MLM, kursus dsbg… Kadang2 sampai waktu malam…Anak2 mereka diserahkan kepada pembantu2 dan bibik2 di rumah… ada anak yang membaca buku2 komik dan novel cinta remaja, ada yang main komputer games, ada yang melayari internet (termasuk yang porno), ada yang keluar entah kemana…



Oleh itu, manalah ada kasih sayang DAN HORMAT MENGHORMATI di antara suami isteri dan anak2… Manalah hendak dapat ketenangan jiwa... Manalah anak-anak hendak taat dan hormat kepada ibu bapa…. Manalah suami tidak jemu dan isteri tidak merajuk selalu…. Tidak hairanlah mengapa anak-anak sedemikian, terlibat dengan gejala-gejala tidak sihat, perhubungan renggang dan lari dari rumah…. Anak-anak menjadi bingung, dan benci duduk di rumah, lalu keluar rumah waktu siang dan balik lewat malam, dan mulalah menjadi liar... Suka keluar rumah untuk menenangkan fikiran… Akhirnya terlibat dengan dadah, rokok, bohsia, bohjan, budaya lepak, rempit, dan mungkin zina, buang anak dan lain-lain perkara yang tidak sihat…Bila tidak ada wang untuk membeli dadah atau rokok, wang ibubapa dan adik beradik dicuri.. lama kelamaan berlaku pecah rumah, dan akhirnya ditangkap polis….



Perkahwinan telah hilang tujuan asalnya… tidak gembira lagi... Hendak berseronok-seronok hanya waktu mula-mula berkahwin sahaja… Tidak sampai ke penghujung... Akhirnya membawa kepada perceraian... Kalau pun tidak bercerai kerana takut berpisah dengan anak-anak, namun kehidupan suami isteri tidak ada apa-apa erti lagi... Kasih sayang sudah tiada, hormat-menghormati tidak wujud, tolong-menolong secara terpaksa, bermasam-masam muka selalu dan mudah sahaja bertengkar…. Oleh itu, kembalilah kepada ISLAM YANG SYUMUL.... untuk mendapat KERIDHAAN ALLAH di dunia dan di akhirat.....

Sumber