rss
twitter

PERMATA AYAH

PAGI:
" Mas, bangun mas. Cepatlah dah pukul berapa ni, nanti tertinggal bas,"gerak ayah perlahan.
"Mas tak nak mandi, tak nak g sekolah, ayah," jawabku kembali.
Ayah tersenyum lalu terus menggendongku dan dibawa masuk ke bilik air. Kemudian ayah memandikan aku.

SEWAKTU HENDAK KE SEKOLAH:
"Nah ni duit belanja hari ni," ayah menghulurkan duit kepadaku.
"Kenapa seringgit je yah. Orang lain bawak duit banyak ayah," aku membentak tidak puas hati.
Ayah terus tersenyum melihat gelagat anak perempuannya ini.

BERMAIN DI WAKTU PETANG:
"Akak, pakai kasut kalau nak main kat luar tu!" teriak ayah dari dalam rumah.
"Ala ayah ni.." bentakku sendiri.

DI WAKTU MALAM:
"Tutup tv tu. Jom kita sembahyang lekas," ayah mengajak dgn tegasnya.
" Ayah, kejap je k.. Kejap lagi akak solat ok. Ayah solat la dulu," rengekku lagi.
"Akak ni x habis2 kejap, bila nak longgarnya?" ayah menyelit lawak di dalam tegurannya.
Aku tersengih smbil memandang muka ayah. Namun aku masih belum berganjak dari depan tv.

Begitulah sehari-harian berlalu. Kadang-kadang aku rasa meluat kerana semua perkara yang aku lakukan diperhati dan ditegur oleh ayah. Aku seperti biasa akan terus bersikap degil. Arahan ayah aku perlekehkan. Sepatah ayah berkata, sepuluh patah aku menjawab.

Hari, berganti minggu. Bulan berganti tahun.

"Mak, ayah ke mana pagi-pagi lagi dh keluar?" soal ku kepada mak.
"Entahla mas. Ayah p masjid kot," jawab mak.
Ayahku mmg sering ke masjid yang berlainan utk sembahyang subuh. Kata ayah utk ubah selera dengar kuliah subuh. Tapi hari tu ada sesuatu yang pada firasat aku yang membuatkan ku tidak sedap hati.

Aku melangkah ke sekolah dengan rasa yg tidak enak terbuku di benak.
Sepulangku dari sekolah...

"Mas, ayah Mas. Ayah accident. Dia ada kat hospital," kakakku bersuara dgn sayunya.

Aku terdiam. Aku kaku. Air mataku mengalir deras.

Ayah di hospital tidak lama. Esok harinya ayah telah pn dijemput oleh Tuhan Yang Mencipta.
Ayah lebih disayangi.

Aku hampa. Aku kesal. Segala penyesalan terbuku dibenakku. Penyesalan yang tidak akan pernah sampai ke penghujungnya.
"Ayah, kenapa pada saat ini ayah meninggalkan kami. Kami masih terlalu muda utk ditinggalkan. Kak Eli baru sebulan bekerja ayah, Kak Ita pulak baru masuk 2nd year, akak punya UPSR tinggal x lebih 2 bulan lagi, adik muni baru 5 tahun ayah. Ayah tegar meninggalkan kami 4 anak ayah dgn dididik oleh mak seorang?" aku teresak2 menangis.

"Ayah, akak mintak maaf ayah sbb akak bukan anak yang baik utk ayah. Tapi akak sgt syg ayah. Akak perlu ayah," aku bermonolog. Kepala ayah kukucup. Kutatapi muka ayah yang bersih dan tenang itu.

Sekuat mana pn teriakanku tidak mungkin akan mengembalikan ayah disisiku. Aku mampu mengingati setiap detik pada hari itu. Daripada ayah dimandikan sampailah ditalkinkan.

Mulai saat itu, aku berjanji walaupun aku bukan permata buat ayah di sepanjang hidupnya, aku bertekad untuk menjadi permata buat ayah di sepanjang hidupku.

Walaupun sudah sepuluh tahun berlalu, aku tidak pernah lupa akan janjiku. Aku akan cuba sedaya upaya berpegang kepada janji itu. Semoga roh ayah terletak di kalangan orang2 yang beriman.


Al- Fatihah..


PS:/Cerita ini sekadar pengajaran. Hargailah orang tua kita selagi hayat mereka dikandung badan kerana jika mereka telah pergi, tiada apa yg dpt mengembalikannya. Percayalah, tiada perasaan yang lebih memilukan dan menyakitkan selain kehilangan Mak atau Ayah kita.

0 comments:

Post a Comment