"ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR! "
Azan maghrib berkumandang. Aku berhenti dari segala pekerjaan yang sedang aku lakukan. Terdetik sebentar di hati ini. Kenapalah dua, tiga hari ni asyik rasa tensen je. Tensen nak exam la, xpuas hati ngn org la..ada2 je yg mengganggu hatiku. Apalah yg xkena ni? Hati berkecamuk. Macam-macam benda berselirat dlm benak hati ini.
Pikiran aku terus berligat2 mencari punca segala permasalahan..Cuba mengurai segala kekusutan.
Akhirnya, aku sampai kepada satu kesimpulan yang meleraikan segala kesulitan dlm hati ni sejak dua, tiga hari lepas..
Sudah lama aku tidak bertanyakan soalan ini..
" IKHLASKAH AKU?"
Benar..Ikhlaskah aku? Ikhlaskah aku dalam melakukan segala-galanya?
Aku tertekan dengan prestasi akademik aku yang tak menentu.
Aku tertekan bila apa yang aku harapkan dari seseorang tidak kesampaian.
Aku benci bila madu yang kuberi, sepah yg kuterima.
Aku mengharap orang membalas segala kebaikan dengan kebaikan kembali.
Jika aku ikhlas dlm melakukan setiap sesuatu. Sudah pasti bukan balasan yang aku harapkan.
Aku tidak akan tertekan bila balasan yang aku terima tak setimpal yg aku harapkan.
Astaghfirullah.. Jauhnya aku dari sifat Ikhlas itu. Ikhlas itu memang antara diri dan Allah tetapi bila hati mula mengungkiti segala perbuatan baik yang pernah dibuat, jelas ikhlas tiada di dalam hati.
Allah berfirman:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kamu, Dan harta kamu dan sesungguhnya Allah melihat kepada hati dan amal ibadah kamu." Dengan ini jelas Allah melihat hati manusia untuk menilai dan menentukan amal ibadat yang sebenarnya.
Sabda Rasulullah s.a.w.
Maksudnya: "Allah tidak menerima amalan melainkan amalan yang dikerjakan dengan tulus dan ikhlas baginya dan bertujuan mendapat keredaanNya"
Imam Ghazali ada berkata :
"Manusia semuanya mati kecuali yang masih hidup adalah orang yang berilmu tetapi umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tertidur kecuali yang jaga adalah orang yang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya hanya orang yang ikhlas tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada di dalam keadaan yang amat sulit ibarat telur di hujung tanduk"
Hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Hurairah bererti:
"Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda bahawasanya manusia yang pertama dipanggil untuk diadili di hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Dia datang kepada Allah TuhanNya sambil dia sendiri telah mengetahui nekmat apa yang akan diterimanya. Allah bertanya kepadanya apakah amal kamu? "Jawabnya aku berperang untukmu hingga aku mati syahid". Allah berkata kepadanya "engkau bohong, engkau berperang agar manusia mengatakan engkau seorang gagah, berani dan engkau sudah dikatakan begitu sebagaimana yang engkau kehendaki. Kemudian orang itu dihela masuk ke neraka.
Adapun yang menuntut ilmu dan telah mengajar pula serta menjadi pembaca Al-Quran, orang ini dibawa ke pengadilan Tuhan di hari kiamat sedang dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Dihadapan Tuhan ditanya apa amalmu jawabnya "aku banyak membaca Al Quran" Berfirman Allah kepadanya engkau bohong! Engkau menuntut ilmu itu agar dikatakan orang engkau seorang yang alim, engkau membaca Al-Quran itu supaya dikatakan orang seorang Qari dan yang demikian itu telah engkau dikatakan orang kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam neraka.
Adapun seorang lelaki yang telah mendapat kelapangan rezeki sebahagian hartanya dibahagikan kepada orang lain kemudian orang itu pun dibawa menghadap Allah untuk dibicarakan dan dia sendiri telah mengetahui nikmat yang akan diterimanya. Di hadapan Allah dia ditanya apa kerjamu dia menjawab "aku telah membelanjakan hartaku kepada jalan yang engaku redai dan itu telah aku kerjakan kerana engkau". Allah telah berfirman kepadanya engkau berbohong engkau berbuat demikian itu adalah supaya dikatakan orang engkau seorang pemurah sedangkan yang demikian itu telah dikatakan orang kemudian orang itu pun dihela masuk ke dalam api neraka.
Aku bertanya lagi.. IKHLASKAH AKU?
0 comments:
Post a Comment