Sudah hampir 2 bulan blog ini tak terjengah. Nak menulis tapi tiada idea yang sesuai. Kalau boleh nak topik yg ringan dan xberat. Seawal jam 3 pagi waktu malaysia ni la baru terlintas idea nak berblog tentang ucapan terima kasih. Kelihatan enteng tapi secara jujurnya berapa orang je yang ringan mulutnya untuk mengucapkan kalimat ini. Terima kasih adalah suatu kalimat yang mengungkapkan penghargaan kepada orang yang kita ucapkan.
Dan perkataan ini membawa kegembiraan kepada orang yang diucapkan kerana terasa diri dihargai.
Seorang "teman akrab" pernah menasihati saya, katanya:
"Ada 3 perkara yang apabila kita lakukan atau ucapkan ia akan mendatangkan kegembiraan"
1. Maaf
2. Terima kasih
3. Salam
Nasihat yang pada awalnya diambil ringan sebenarnya mempunyai kebenaran. Tidak susah sebenarnya untuk membuatkan orang lain gembira. Tetapi perkara itulah yang kita remehkan dalam hidup kita. Tanpa ucapan terima kasih itu, manusia yang banyak menolong kita mungkin akan merasa seperti bantuannya kepada kita tidak dihargai dan sia2. Dia mungkin akan lebih sukar/berat untuk menolong kita di kemudian hari. Jika sesama manusia pun kita telah berasa berat utk mengucapkan terima kasih, inikan pula dengan sang pencipta.
Sepanjang tahun 2010 ini, banyak nikmat yang tak disangka2 telah dikurniakan oleh Allah kepada saya. Beban yang berat yang selama ini tergalas dibahu terasa lebih ringan dengan anugerah Allah kepada saya. Namun, kealpaan saya membuatkan saya sukar utk melihatnya. Terlalu rakus mengejar dunia sehingga tidak sempat untuk berhenti dan melahirkan syukur pada Ilahi. Namun Allah itu tidak seperti manusia sifatnya, walaupun sejauh mana hamba-Nya lupa untuk menghargai-Nya, dia masih sedia memberikan rahmat yang tidak berbelah bahagi. Itu bezanya Allah dan makhluk.
Entri ini pertujuan ingin menyeru kepada kawan2 bahawa, jangan memperlekehkan perkara yang mudah kerana dampaknya positif kepada individu di sekitar kita. Dan jika terasa diri dah lama tak melahirkan syukur kepada Allah, perbanyakkan ucapan "Alhamdulillah". Tiada rugi untuk kita mengucapkan terima kasih, yang ada hanya keuntungan yang dibawa bersama ucapan itu.
0 comments:
Post a Comment