rss
twitter

Rakyat Malaysia malas membaca?


Izinkan saya sekadar berkongsi tentang sebuah berita di Indonesia yang mengaitkan mahasiswa kita sebagai antara yang paling malas untuk membaca.

Sumber dari Indonesia:

Kebiasaan atau hobi membaca buku di kalangan mahasiswa Malaysia jauh ketinggalan dibandingkan negara lain, rata-rata hanya membaca 12 buku dalam tiga tahun pendidikan di universitas.

Wakil Menteri Pelajaran Noh Omar mengungkapkan, berdasarkan suatu kajian, jumlah buku yang dibaca oleh pelajar Australia ialah 180 buku, Indonesia 94 buku, India 130buku, Thailand 56 buku dan Brunei 26 buku, demikian harian Utusan Malaysia, Kamis, di Kuala Lumpur.

Ia mengatakan, temuan itu adalah hasil perbandingan yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan dosen dan mahasiswa di Malaysia.

‘Hasil kajian itu menggambarkan bahwa mahasiswa Malaysia hanya membaca empat buah buku setahun.

Itu belum termasuk hasil kajian mengenai jumlah buku yang dibeli mereka,” katanya.‘“Berdasarkan kajian itu, terungkap pula bahwa, jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa Malaysia hanya empat buku untuk tiga tahun pendidikan enam semester,” kata Noh.

Perbandingan dengan negara lain, jumlah buku yang dibeli oleh mahasiswa Australia ialah 160 buku, Indonesia 43 buku, Thailand 31 buku, India 75 buku dan Brunei 15 buku.

‘Satu persoalan lain yang juga menyedihkan ialah jumlah buku yang dibacaoleh dosen di Malaysia hanya sedikit lebih baik daripada pelajar itu secara rata-rata 20 buku untuk tiga tahun pengajian (enam semester), katanya.

Statistik yang diberikan meletakkan kita sebagai antara rakyat yang paling malas membaca. Hanya 4 buah buku setahun. Memalukan dan memang benar-benar malas. Mungkin ini juga di antara sebab yang menjadikan rakyat kita kurang peka dengan keadaan sekeliling. Mudah untuk diperkotak-katikkan kerana kurang berpengetahuan.

Tidak hairanlah jika ada ramai antara mahasiswa apabila ditanyakan tentang pendapat mereka mengenai hal mahupun isu yang di luar lingkup pengajian mereka, kebanyakannya akan berdiam diri. Ini akibat daripada kurangnya minat mereka untuk membaca bahan selain yang berkaitan dengan pengajian. Hal ini menjadikan kita sebagai mahasiswa yang kurang berpengetahuan luas dalam segala aspek.

Statistik di atas hanya menyebut mengenai mahasiswa dan pensyarah sahaja. Bayangkanlah apakah statistik untuk rakyat biasa yang bekerja dan pelajar sekolah. Mungkin lebih sedikit jumlah buku yang dibaca oleh mereka. Saya berpendapat bahawa tabiat membaca ini sebenarnya dapat disemai oleh ibubapa.

Kerajaan khususnya tidak lepas dari tanggungjawab bagi memastikan setiap bahan bacaan yang dipasarkan adalah berpatutan untuk semua. Selalunya buku yang diimport lebih mahal berbanding buku tempatan. Mungkin pengurangan cukai ke atas buku-buku luar negara haruslah dilaksanakan. Harga buku tempatan juga sepatutnya lebih rendah. Contohnya harga novel tempatan boleh dikurangkan dengan menggunakan kualiti kertas yang lebih ringan seperti buku-buku dari keluaran "dolphin". Tambahan pula ini akan lebih menjadikan novel terbabit lebih ringan dan senang untuk dibaca di mana-mana.

Untuk merubah tabiat rakyat Malaysia kepada tabiat suka membaca mungkin adalah agak mustahil. Tetapi saya boleh memulakan tabiat ini dari diri saya sendiri. Saya secara peribadi bukanlah begitu gemar membaca tetapi saya cuba untuk menjadikan membaca sebagai suatu aktiviti pengisi masa lapang terutamanya di musim cuti. Kebanyakan dari bahan bacaan saya merupakan novel, buku hal ehwal semasa,buku motivasi dan sebagainya.

Saya mempunyai enam buah buku untuk dihabiskan sepanjang cuti ini dengan empat antaranya adalah novel dari karya Andrea Hirata (Tetralogi Laskar Pelangi), satu buku karya Emha Ainun Nadjib (Jejak Tinju Pak Kiai) dan buku yang akan cuba saya dapatkan sekembali di Malaysia nanti ialah Saya pun Melayu karya Zaid Ibrahim.
Akhir kata, marilah memulakan tabiat membaca!











If we encounter a man of rare intellect,
we should ask him what books he reads.
~ Ralph Waldo Emerson ~


@ Wan Mastura Haji Wan Musaludin @



1 comments:

Anonymous said...

emm blh tau x sumber dari Indonesia tu dapat kat mane???

Post a Comment