Cerita tentang cita dan impian. Setiap manusia pasti mempunyai cita dan impian sama ada ia dicatatkan secara zahir atau berada dalam benak hati kita. Aku akui. Aku juga punya cita dan impian. Namun, terkadang aku lupa. Dan hari ini bila aku bangun dari tidurku yang nyenyak, terdetik padaku apakah cita dan impianku telah pun terlaksana dan jika belum adakah aku masih gigih berusaha untuk memperolehnya.
1992-2000
Semenjak kecil, aku punya banyak cita. Bila diimbas kembali kebiasaan di sekolah rendah, cikgu akan menyuruh kita mengisi tiga cita-cita kita bila dewasa. Aku masih ingat setiap tahun cita-cita aku bertukar tapi ada satu cita-cita ini kujadikan cita-citaku yang "konstan". Aku ingin menjadi pensyarah, penceramah, professor, peguam, juruteknik, dan doktor. Doktorlah satu-satunya cita-cita aku yang tetap. Dan Alhamdulillah sekarang aku merupakan seorang pelajar perubatan dan InsyaAllah tinggal dua tahun lagi sebelum aku layak berkhidmat sebagai seorang doktor.
2001
Pada aku, orang yang benar-benar memberikan aku sepenuh motivasi untuk aku masih berdiri di sini adalah kakakku. Masih segar dalam ingatanku pada suatu malam, ketika itu aku berusia 15 tahun, kakakku menghampiriku. Dia memberikan aku satu kekuatan dan percaya bahawa aku boleh jadi yang terbaik. Perbualan kami dimulai dengan pertanyaan "Apa cita-cita kau?". Pada saat itu aku belum lagi serius dengan cita-citaku. Ya aku punya cita-cita tapi aku tidak bekerja untuk merealisasikannya. Aku seorang remaja yang ada dalam fikiran cuma hiburan. Aku menjawab, "Entah aku tak tahu". Kakakku berkata lagi, " Kau mesti ada cita-cita. Jangan malu. Sekaranglah masa yang sesuai untuk merancang." Aku diam. Sebenarnya aku tahu apa yang aku inginkan tapi aku tak PD (percaya diri: perkataan fave di Indo). Doktor adalah cita-citaku. Kakakku tersenyum dan dia memberikan aku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh dan memperoleh keputusan cemerlang dalam PMR. Katanya jalan yang lebih baik ialah dengan belajar di MRSM. Dari situ aku patut belajar bersungguh-sungguh dan mencuba dengan gigih untuk memperoleh keputusan SPM yang membanggakan dan seterusnya meminta tawaran untuk Skim Tajaan Pelajar Luar Negara. I would never know about the path if she had not told me. I'm thanking her for that.
2004
Jadi setelah keputusan SPM keluar, aku membuat permohonan untuk skim tersebut, dan aku memilih MARA sebagai penaja. Selang tak berapa lama surat tawaran kuterima. Aku perlu menghadiri temuduga di Pejabat MARA KL. Kami dikehendaki untuk menulis karangan pendek tentang cita-cita. Cardiothoracic surgeon adalah impianku. Aku tidak ingin menjadi sekadar doktor biasa. Tapi aku ingin lebih dari itu. Apabila si penemuduga bertanya, " Why you choose to become a doctor?" Aku dengan gementarnya menjawab, " Maybe my reason is lame for you. But I want to become a doctor because I want to help people. I want to help people in need and yet has no money. I want to make sure that everyone deserve a good health services regardless on their status". Sungguh berkobar-kobar cita-citaku pada waktu itu. Alhamdulillah, aku mendapat tawaran untuk membuat persediaan A-Level untuk dua tahun dan aku terbang ke Indonesia pada tahun 2006.
2010
I'm sitting on my chair still thinking about what I really wanted to be. Do I work hard for it? Is cardothoracic surgeon still my ambition? Jawapannya, entahlah. Masih tidak pasti dan belum mengerti. I have doubt on my own ability. Itu masalah utama. Tapi ada satu perkara yang aku rasa amat teruja untuk mencapainya iaitu menolong orang yang susah. Aku mahu berkhidmat dengan sebaik-baiknya. Itu saja yang aku pasti. Cardiothoracic surgeon? I'll let the time decide.

2 comments:
Whch sister are u referring 2?-chihuahua-
Haha..the chihuahua..
Post a Comment