rss
twitter

Tekanan Darah Tinggi ( Hypertension )

Kenali apakah itu penyakit tekanan darah tinggi dengan mudah.

1. Apa itu tekanan darah tinggi?

Tekanan darah tinggi atau "hypertension" bermaksud tekanan tinggi di dalam arteri-arteri. Arteri-arteri adalah pembuluh darah yang mengangkut oksigen dari jantung ke seluruh sel dan organ badan. Tekanan darah tinggi bukan bermaksud tekanan emosi yang berlebihan, walaupun tekanan emosi dapat meningkatkan tekanan darah untuk sementara.

Tekanan darah normal = di bawah 120/80 mmHg
Pra tekanan darah tinggi = antara 120/80 dan 139/89 mmHg
Tekanan darah tinggi tahap 1 = antara 140/90 dan 159/99 mmHg
Tekanan darah tinggi tahap 2= di atas 160/100 mmHg

2. Apakah faktor risiko Tekanan Darah Tinggi?




Umur : Orang tua lebih mudah untuk mendapat penyakit tekanan darah tinggi. Terutamanya
usia lebih dari 60 tahun
Jantina : Pada orang muda: lelaki lebih banyak yang menderita tekanan darah tinggi berbanding dengan perempuan. Namun pada usia yang lebih tua dari 45 tahun,kedua-dua jantina mempunyai risiko yang sama untuk menderita penyakit ini.
Berat badan : Orang yang berlebihan berat badan atau obesiti lebih senang menghidap penyakit ini. Untuk kenaikan setiap 10kg berat badan , tekanan darah akan meningkat sebanyak 3mmHg.

Riwayat keluarga : Apabila kedua ibubapa menghidap tekanan darah tinggi, risiko untuk
anaknya mendapat penyakit ini adalah 250%.
Perokok
Diet: Makan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi.
Pengambilan garam yang berlebihan.
Peminum arak yang banyak.
Tekanan emosi
Sosio-ekonomi: Orang yang tinggal di kota lebih senang terkena penyakit ini dari orang yang
tinggal di desa.

3. Tanda-tanda/gejala Tekanan Darah Tinggi

Pada sebagian besar penderita, hipertensi tidak menimbulkan gejala; meskipun secara tidak sengaja beberapa gejala terjadi bersamaan dan dipercaya berhubungan dengan tekanan darah tinggi (padahal sesungguhnya tidak). Gejala yang dimaksud adalah sakit kepala, perdarahan dari hidung, pening, wajah kemerahan dan keletihan; yang boleh terjadi baik pada pesakit hipertensi, mahupun pada seseorang dengan tekanan darah yang normal.

Jika hipertensinya berat atau lama dan tidak diubati, dapat menimbulkan gejala berikut:

  • sakit kepala
  • keletihan
  • mual
  • muntah
  • sesak nafas
  • gelisah
  • pandangan menjadi kabur yang terjadi kerana adanya kerosakan pada otak, mata, jantung dan ginjal.

Kadangkala penderita hipertensi berat mengalami penurunan kesedaran/ "consciousness" bahkan koma kerana terjadi pembengkakan pada otak. Keadaan ini disebut ensefalopati hipertensif, yang memerlukan tindakan segera.


4. Diagnosis

a) Purata 2 atau lebih tekanan darah yang diukur dengan baik; dan dalam
b) Lebih dari dua kali perjumpaan dengan doktor (sekurang-kurangnya 3-6 kali perjumpaan); dan
c) Setiap perjumpaan haruslah dalam jarak beberapa minggu ke beberapa bulan.



5. Terapi Tekanan Darah Tinggi

a) Perubahan Gaya Hidup


Untuk bacaan lanjut sila klik di sini *DASH

b) Ubat-ubatan

Antara ubatan yang digunakan untuk terapi darah tinggi adalah diuretics(HCT), Beta blockers(Atenolol), Calcium Channel Blocker(Amlodipine), ACE-inhibitor(Lisinopril), Angiotensin-Renin Blocker (Losartan).
Walaubagaimanapun terdapat faktor-faktor yang harus diambilkira dalam pemilihan ubat yang sesuai. Antaranya: penyakit lain yang dialami pesakit, kesesuaian ubat dengan pesakit, kesan sampingan ubat, harga, interaksi ubat dan sebagainya. Penggunaan ubat-ubatan ini adalah untuk menurunkan tekanan darah dan menstabilkan tekanan darah. Tekanan darah yang tidak stabil amat berbahaya kepada pesakit.



6. Apakah bahaya tekanan darah tinggi yang tak dirawat?
Seperti yang kita maklum, hipertensi adalah pembunuh senyap. Ini kerana risiko pesakit hipertensi kepada penyakit lain yang lebih berbahaya. Dan menyebabkan banyak komplikasi lainnya.
a) Otak : pening, keliru dan kejang
b) Kerosakan retina mata

c) Jantung: serangan jantung, dan kegagalan jantung untuk berfungsi
d) Buah pinggang: Kerosakan atau kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.

e) Darah: Meninggikan kandungan gula dalam darah.


















* Artikel ini ditulis untuk bacaan orang awam. Saya cuba untuk menggunakan bahasa Melayu yang mudah untuk difahami. Sekiranya ada kekurangan atau kemusykilan, bolehlah menghantar komen di blog ini atau emel saya.

4 comments:

duOne_sTarz said...

walaupon aku xpham sgt, aku cuba paham ape yg ko tulis lor..nway, nice post and give me a little bit knowledge (at less). TQ ex classmate..

Mellow said...

hurm..aku dah cuba sedaya upaya untuk mensimplifikasi benda tu. maaf kalau xfaham..duone, sejak bila plak kita classmate..exschoolmate je..

duOne_sTarz said...

aku pown xbeberapa igt.haha.. maen sebat aje. patut la pict ko xde dalam picture class aku.ko class mane erk?

Mellow said...

Masa form 4, aku 4N (kelas bawah tangga). Masa form 5, aku 5F.

Post a Comment