rss
twitter

PERJUANGAN BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri


Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?


Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.

- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996-

This is one of the poem that I can still remember until now.. Long time favourite.

Berjalan, bermusafirlah...

1ST DAY
8.30 am- Journey from Malang to Bali
4.10 pm- Reach Jawa Timur Jetty
5.20 pm- Reach Bali Jetty
12.30 pm- Check in Bukit Inn Hotel

Basically, for the 1st day, masa byk dihabiskan dlm perjalanan je..So, my suggestion for any1 yg nk g Bali from Malang, u better take flight la. Jalan dia berlopak2 a bit sakit badan la.. tapi its worth, if korg jenis yg suka melihat alam..



















2ND DAY
8.00 am- Kuta Beach

Kuta beach is located in the middle of Bali Town. Jadi ramai la mat saleh kat sini..Ramai jugak yg surfing.

















11.00 am- Joger (tempat shopping)














2.00 pm- Tanjung Benoa (heaven for water sports-ktorg smpat naik bot je to pulau penyu sbb air dh surut)
Supposely, byk xtvt yg kt blh buat kat sini antaranya: parasailing, banana boat, jetski, flying fish, snorkeling and plg best blh tgk dolphin(tp klau korg nk tgk korg kna dtg awal2 pagi la).
















4.00 pm- Garuda Wisnu Kencana

Garuda Wisnu Kencana adalah antara tempat yg menarik dan cantik. batu2 di kawasan tersebut di ukir menyerupai berhala2 sembahan org Hindu di Bali.












































6.00 pm- Dream Land Beach















8.00 pm- Discover shopping Mall


3RD DAY

9.00 am-Check Out

12.00 pm-Jajan Bali

2.00 pm-Pasar Seni Sukowati

3.00 pm- Bedugul (adalah danau yang terdapat di atas gunung)
















5.00 pm-Tanah Lot















8.00 pm- bertolak balik ke Malang

BOWLING2
















Yesterday, sunday, 16th of march- a bowling match btwn malaysian students was held here in malang...

ok,i expected it to be one of the great bowling match ever held by PKPMI(persatuan kbangsaan plajar malaysia indonesia).. but we hv to wait about 3 hours..can u imagine?? 3 hours of waiting b4 the game starts..

nasib baik la batch aku(BATCH 2006) ni sume baik2..awal2 lg dh smpai..aku n kengkawan pn bermain la teka-teki selama 3 jam...hu3...nasib baik la byk teka teki..

basically i was very disappointed wif the management... but after yesterday, i can see my batch mate as a very close fren... bak kata org indonesia.. "KOMPAK"(muafakat) gitu lho..

pada sesape yg x join men boling smlm..here's d result:
1. rumah merah
2. rumah kuning
3. rumah biru (sedihnye umah aku)
4. rumah hijau (wat happened to the "all time champion"?)

Teka-teki JOM!!















1.Byk2 kotak,kotak ape yg xleh angkat?

2.Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar?

3.pokok apa bila org tgk dia,org lari..

4.apa persamaan antara baju yg disidai dgn telefon?

5.dalam banyak2 kera..kera apa reti menaip?

6. nape org naik teksi x byr duit dlu?

7.katak apa yg kena langgar ngn ketA tp x mati??

JAWAB JGN XJAWAB....

******************************************************************
ok here's the answers:
1.KOtaK penalTY la...he3
2.seBab dia gali kubur pakai cangkul..
3.pokok yg nk tumbang
4.KRINGGGGGGGGGGGG...
5.kerani
6.sebab duit dulu dh xlaku..
7.katak yg pjg umur..

LELAKI....BERFIKIRLAH..

















Sayang, Abang minta izin untuk nikah
sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain,
terdiam seketika. Mungkin terkedu.
Adakah pendengarannya kian kabur
lantaran usianya yang kian beranjak.

Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di
dalam TV, sementelah TV juga dipasang.
Tapi, ahh bukanlah. TV sedang
menayangkan iklan Sunsilk, mustahil
sudah ada siri baru iklan Sunsilk? Dia
menghela nafas panjang. Dia memandang
sekali imbas wajah Asraf Mukmin,
kemudian tersenyum.

Meletakkan kain yang telah siap
dilipat di tepi, bangun lantas menuju
ke dapur. Langkahnya diatur tenang.
Segelas air sejuk diteguk perlahan.
Kemudian dia ke bilik Balqis,
Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya,
mencium puteri-puterinya sebelum dia
masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya
kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan
suaminya. Kini, anak-anak kian
beranjak remaja. Kemudian, dia
menjenguk bilik putera bujangnya yang
berdua, si kembar, Solehin dan
Farihin.

Pengabisannya dia kembali kepada
suaminya. Asraf Mukmin hanya diam,
membatu diri. Dia amat mengenali
isterinya. Jodoh yang diatur keluarga
hampir 16 tahun yang lepas
menghadiahkan dia sebuah keluarga yang
bahagia, Aliyah adalah ikon isteri
solehah. Namun, kehadiran Qistina,
gadis genit yang menjawat jawatan
pembantu tadbir kesetiausahaan di
jabatannya benar-benar membuatkan dia
lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku
rasa kau mampu untuk beri makan 2
keluarga," sokongan Hanif, teman
sepejabat menguatkan lagi hujah
apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis
sanggup bermadu jika itu yang
ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis
perlukan seseorang yang mampu memimpin
Qis," masih terngiang-ngiang bicara
lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya
punggung dia di rumah. Pagi-pagi,
selesai solat subuh, cepat-cepat dia
bersiap untuk ke pejabat. Tidak
seperti kelaziman, dia akan bersarapan
berjemaah bersama isteri dan anak-
anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran
Bumi Kenyalang benar-benar menjerat
hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan
permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak
berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan
tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang
panas baran. Aliyah terlalu sempurna,
baik tetapi ahh hatinya kini sedang
mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia
bersama Aliyah selama 1 hari saja,
boleh?" pelik benar permintaan
isterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah
hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia
menganguk, tanda setuju. Sebab, dia
yakin isterinya tidak akan melakukan
perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya
bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah
isterinya itu wanita lain, alamatnya
perang dunia meletus lah jawabnya.
Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu
zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni,
isteri-isteri lebih bijak. Teringat
dia kisah seorang tentera yang
disimbah dengan asid, gara-gara
menyuarakan keinginan untuk menambah
cawangan lagi satu. Kecacatan seumur
hidup diterima sebagai hadiah sebuah
perkahwinan yang tidak sempat
dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman
daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan
isteri Abg," terjegil bulat mata Qis
yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut
dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan
Qis?"

"Takutlah Qis, silap haribulan dia
bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu
orangnya. Abg dah lama hidup
dengannya. Abg faham,"

Qistina mengalih pandangannya. Mahu
apakah bakal madunya berjumpa
dengannya? Dia sering disogokkan
dengan pelbagai cerita isteri pertama
membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina
lah. Jangan haraplah jika nak membuli
aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina
bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia
merindu. Puas dicuba untuk menghubungi
Qistina, namun tidak berjaya.

Rakan serumah menyatakan mereka
sendiri tidak mengetahui ke mana
Qistina pergi. Genap seminggu juga
peristiwa dia menghantar Qistina untuk
ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia
diminta oleh Aliyah bermunajat di
Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya
benar-benar terusik. Sekian lamanya
dia tidak menyibukkan dirinya dengan
aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina,
saban malam dia akan bersama dengan
Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah
dengan kariah masjid. Kemudian
menghadiri majlis kuliah agama.
Membaca AlQuran secara bertaranum itu
adalah kesukaannya. Namun, lenggok
Qistina melalaikannya. Haruman Qistina
memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya
benar-benar sunyi. Sunyi dengan
tasbih, tasmid yang sering dilagukan.
Seharian di Masjid Putra, dia cuba
mencari dirinya, Asraf Mukmin yang
dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung
Seputih. Asraf Mukmin yang asyik
dengan berzanji. Menitis air matanya.

Hatinya masih tertanya-tanya, apakah
yang telah terjadi pada hari itu.
Aliyah menunaikan tanggungjawabnya
seperti biasa. Tiada kurangnya layanan
Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci
untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke
kantung inbox hensetnya.

"Qis minta maaf. Qis bukan pilihan
terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis
tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu
jadikan diri Qis sehebatnya utk
bersama Abg,"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul
besar.

Kepada:

Asraf Mukmin,

Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul
berwarna cokelat yang hampir saiz
dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Lagi Maha Pengasihani,

Salam sejahtera buat suami yang
tercinta, moga redhaNya sentiasa
mengiringi jejak langkahmu.

Abg yang dikasihi,

Genap seminggu sesi temuduga yang
Aliyah jalankan pada Qistina. Terima
kasih kerana Abg membawakan Aliyah
seorang calon madu yang begitu cantik.
Di sini Aliyah kemukakan penilaian
Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model,
dia memang mengalahkan Aliyah yang
sudah tidak nampak bentuk badan. Baju-
bajunya memang mengikut peredaran
zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.
Aliyah tak sanggup Abg diheret ke
neraka kerana menanggung dosa.
Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih
belum termampu untuk dijawab di
akhirat sana , apatah lagi Abg nak
menggalas dosa org lain. Aliyah
sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak.
Memang pandai dia masak, apatah lagi
western food. Tapi, Aliyah sayangkan
Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada
lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah
pula Aliyah kalau-kalau selera Abg
sudah berubah. Tapi, Aliyah masih
ingat lagi, masa kita sekeluarga
singgah di sebuah restoran western
food, Abg muntahkan semua makanan
western food tu. Lagi satu, anak-anak
kita semuanya ikut selera ayah mereka.
Kesian nanti, tak makan la pula anak-
anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat
berjemaah. Kelam kabut dibuatnya.
Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,
nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat
Abg yang lahir, jadinya Aliyah
harapkan dia mampu untuk mengajar anak-
anak Abg nanti untuk menjadi imam dan
imamah yang beriman. Tapi, kalau dia
sendiri pun kelam kabut memakai
telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,

Cukuplah rasanya penilaian Aliyah.
Kalau diungkap satu persatu, Aliyah
tak terdaya. Abg lebih memahaminya.
Ini penilaian selama 1 hari, Abg
mungkin dapat membuat penilaian yang
jauh lebih baik memandangkan Abg
mengenalinya lebih dari Aliyah
mengenalinya.

Abg yang dicintai,

Di dalam sampul ini ada borang
keizinan berpoligami. Telah siap
Aliyah tandatangan. Juga sekeping
tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika
munajat Abg di Masjid Putra
mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah
borang ini, isi dan pergilah kepada
Qistina. Oh ya, lupa nak cakap,
Qistina telah berada di sawarak.
Menunggu Abg... Aliyah sayangkan
Abg... Tetapi jika Abg merasakan
Qistina masih belum cukup hebat untuk
dijadikan isteri Abg, pergilah cari
wanita yang setanding dengan Aliyah...
Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah
adalah isteri yang hebat untuk Abg..
tolonglah bukakan pintu bilik ni.
Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg,
roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang,

Aliyah Najihah binti Mohd Hazery

Tangannya pantas membuka pintu
biliknya. Di situ berdiri Aliyah
Najihah bersama-sama hidangan sarapan
pagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah
isterinya!!! !!

************

MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah
dengan apa yg kita ada. Cinta pada
kecantikan tidak akan kekal
selamanya.. You would only appreciate
things when you lost it..

Penulis asal tidak diketahui ...

##########################################################

A COMMENT FROM A FRIEND
saja nak bagi pandangan. mmg qistina tu tak mcm aliyah, byk kekurangan dia. tapi kalau la dia kawin ngan suami aliyah tu mungkin aliyah dan suami dia boleh mengubah dia ke jalan yg baik. itu la satu kebaikan berpoligami.masa mula2 cite tu pun ada ckp si qistina ni minta dibimbing. bagi aku cite ni agak menyedihkan sbb qistina tu dibiarkan tidak dibimbing.

kewajipan kita di muka bumi ni adalah menjadi khalifah. tugas kalifah pula adalah untuk menarik, membimbing org yg kureng menjadi lebih baik. mmg ada jalan lain utk berbuat baik selain kahwin. tapi aku rasa itu jalan yg paling berkesan sbb kita akan hidup dengan org itu.

poligami yg tak baik kalu si lelaki tu tak bekemampuan, tapi kat negara kita poligami mcm tu la yg byk.

last but not least, aku tak akan berpoligami kot. susah la nak manage 2 family. manage diri sendiri pun lintang pukang, hahaha.

-BUZZ-