rss
twitter

Simpati, empati atau tiada perasaan langsung


Sekadar berkongsi kisah...

Saya sudah bermastautin di Indonesia hampir 4 tahun. Menetap di tempat bernama Malang. Tak pernah sekalipun lagi berblog mengenai tempat tercinta ini. Sebenarnya, banyak yang sudah terlihat, terpandang, dan tertawan. Hehe.. Jangan salah anggap dengan pernyataan tu. Ya memang manusianya yang saya perhatikan. Pernah tertipu dan harap tidak lagi bakal ditipu. Eh, tapi bukan ini yang mahu dikongsi.

Seperti biasa sejak berpindah ke belakang rumah sakit (RS) ni terpaksa la naik angkutan kota untuk pergi dan balik ke Fakultas Kedokteran (FK). Tambang Rp 2500. Itu tambang standard untuk sehala. Apa yang nak diceritakan adalah kisah di dalam perjalanan. Hampir setiap hari kalau terpaksa ke FK pun perkara ni berlaku. Tapi baru hari ni rasa nak berkongsi. Pemandangan biasa semasa menaiki angkut ialah bila angkut berhenti di lampu merah, ada banyak jenis manusia yang akan menghampiri angkut. Ok. Yang pertama biasanya peminta2 sedekah (terdiri daripada umur yang berbeza2), kedua- pengamen (org yang alat muzik dan menyanyi) dan ketiga- orang yang menjual (macam-macam daripada kacang, surat khabar, kuih).


Saya selalu mengklasifikasi (the unfortunate people) kepada 3 kelompok tu. Tapi sebenarnya ada banyak lagi rasanya.

Jadi untuk memendekkan cerita mereka ni terdiri daripada golongan yang cuba mencari rezeki tapi dengan jalan tersendiri. Bagi kelompok pertama tu, masa mula-mula datang di indonesia ni, hati saya memang mudah tersentuh tengok diorang ni. Bila dah lama-lama kat sini, persepsi saya banyak berubah mengenai mereka ni. Dulu adalah juga simpati, lepas tu jadi empati, lama-lama jadi macam tidak ada perasaan bila lihat mereka ni. Masa awal-awal di sini rajin jugalah tangan menghulur tapi sekarang pandang pun dah tidak. Kejamkan? Tapi itulah hakikatnya.

Golongan ni memang tersangatlah ramai. Kadang-kadang ada juga yang terlepas masuk ke FK. Pernah sekali masa tu saya sedang studi dengan kawan-kawan di kazebo sebelum ujian Parasit, datanglah 3 orang hamba Allah ni. Seorang perempuan dalam lingkungan 40, dan dua orang budak sekitar usia 8-10 tahun. Kami sempat terdengar perbualan si peminta sedekah ni. Katanya, " ya itu ke sana minta sama mbak2 nya". Lepas tu budak kecil dua orang ni pun menghampiri kami. Standard ayat yang mereka sering ucapkan untuk minta sedekah, "Nuwun mbak" (dengan ada satu nada yang sama. Bahagian ni kami memang pakar untuk immitate..haha.) Kemudian, kami dengan muka slumbernya buat tak tahu je. Kebetulan masa tu saya tengah memegang kuih dan menikmati dengan sedapnya. So, its a lil bit annoying for me. Then I gave them some money, to make them go away. Sebab mereka ni selagi tak dapat duit, selagi tu la dia tunggu di situ. Lepas tu kanak-kanak tu pun berlalu. Tapi datang balik dan dengan kurang sopannya meminta "mbak aqu mau kue-nya mbak..aqu lapar." Ya Allah, tuhan sajalah yang tahu perasaan saya waktu tu. Saya jawab, "eh itu tadi udak aku kasi kamu uang. ya beli aja dong pake uang itu." Dia berkeras juga boleh-boleh nak ambil dari tangan saya. Saya pun bagi tapi dengan hati yang panas. Huhu.. Dahlah pagi itu saya tak bersarapan. Ujian pula pukul 2 baru nak mula tapi pukul 10 dah perlu ada di sana (untuk quarantine session). Kawan-kawan saya pun meluahkan kebengangan kami. Sungguh tak patut perlakuan itu. Saya bukan apa, masalahnya mereka bukan tak mampu pun. Baju budak tu sikit punya "smart".



Biar saya ceritakan pasal mereka ini. Memang ada di antara mereka ni memang benar-benar tak mampu, tapi ada juga yang sihat walafiat pun nak meminta sedekah. Mereka ada macam geng la kat sini. Kumpul ramai-ramai. Kadang-kadang datang dengan budak kecil, tapi bukan anak mereka pun. Mereka siap boleh sewa anak tu dari orang lain untuk menarik simpati orang lain. Kadang-kadang saya tengok umur dah 60 lebih tapi ada bayi yang digendong. Apakah?? Saya marah sebab dia bawa bayi tu ke simpang jalan yang penuh dengan asap kenderaan, memang mereka ini tak punya simpati ke pada bayi tu? Siap para peminta sedekah ini mengatakan mereka punya HAM (Hak Asasi Manusia) untuk meminta sedekah. Can you people imagine they said that to their own government? Dah macam kerjaya sah pula jadi peminta sedekah tu. What a shame. When i saw this type of beggar, that was only i get so soul-less. Malas nak layan. Mampu nak cari rezeki yang halal tapi tak mahu berusaha. Geram..




But there were a time when I met a very unfortunate people. Disabled people, very old. Only then I realized how fortunate I am to be where I am. Sedih. Tapi tak mampu nak menolong, hanya mampu melihat dan memberi sedikit uang. Berjumpa dengan mereka ini membuat kita sedar nikmat yang kita ada. Tapi kadang-kadang golongan peminta sedekah yang betul-betul tidak mampu ini juga diabaikan oleh saya. Gara-gara sakit hati dengan peminta sedekah yang lain.


Kelompok kedua pula yang bermain alat muzik (biasanya gitar) atau "pengamen" Selalunya anak2 muda, belasan tahun. Mereka ni suara kadang-kadang mengalahkan kumpulan Peterpan. Sedap sangat. Tapi bagi saya lebih baiklah mereka ni cari pekerjaan yang tetap dari menganggur tak tentu hala. Produktiviti tinggi, boleh kerja dan memajukan negara. Alangkah baik kalau mereka sedar. Kalau kelompok ni tengok suara la kalau nak bagi duit atau tak.




Kelompok ketiga, adalah yang paling saya respek sebab mereka ni sebenarnya memang bekerja. Jual kacang pun pekerjaan apa. At least they have initiative to buy the nut and packaging it by themself. Biasanya di tepi jalan. Tapi ada jugak yang jual makanan tolak2, jual surat khabar. Tapi yang jual tolak2 tu saya tak jumpa la masa dalam perjalanan naik angkut. Ada juga yang jadi pengutip sampah. Kumpul barang-barang platik, kaca, aluminium. They work. Thats what matters to me. Golongan ni walaupun sesusah mana pun, mereka tak pernah meminta2. Kebanyakannya orang tua. Masa nilah selalunya terdetik di hati. Manalah anak2 mereka. Sampai ayah dan mak dibiarkan terbuang macam ni. Sayu, sepi dan kadang2 menitis jugak air mata tengok mereka gigih bekerja walaupun hakikatnya mereka sepatutnya bersama anak dan cucu bagi menghabiskan sisa hidup. Saya bertekad tidak akan membiarkan orang tua saya begitu. Kalau golongan yang 30-an tu memanglah terihat muka yang betul2 semangat dan gigih bekerja walaupun pulangannya kecil. Bila melihat mereka saya terfikir betapa beratnya tanggungjawab seorang ayah/mak. Walaupun susah tetap bekerja bagi menyara keluarga. Simpati/empati? Saya pun kurang pasti.



Mungkin in saja yang mampu dikongsi setakat ini. Simpati, empati atau tiada perasaan? Itu bergantung pada orang yang saya lihat. Saya masih manusia biasa punya perasaan dan kadang2 terlupa apa yang diperhatikan itu dapat menjadi pengajaran kepada diri.

0 comments:

Post a Comment