skip to main |
skip to sidebar
APA ITU HOROSKOP? Mungkin ramai yg sudah tahu apa itu horoskop. Adakah horoskop itu benar atau sekadar omongan kosong?
Definisi ini saya petik dari laman wikipedia. Horoskop atau ramalan zodiak adalah carta atau diagram yang menunjukkan kedudukan relatif objek langit seperti matahari, bulan, dan planet. Perkataan horoskop berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud "melihat jam". Untuk memperoleh horoskop seseorang, tempat, hari dan tarikh lahir orang itu mesti diketahui. Tarikh itu pula akan jatuh pada salah satu daripada 12 lambang zodiak yang sedia ada iaitu Aries, Taurus Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio, Sagittarius, Capricorn, Aquarius dan Picsces. Menurut ilmu astrologi setiap zodiak itu mempunyai keperibadiannya yang tersendiri dan nasib setiap orang adalah berdasarkan kepada zodiak serta kedudukan matahari, bulan dan planet pada hari itu.
Mempercayai horoskop dan sebarang ramalan lain ialah haram disisi Islam dan juga kebanyakan agama lain.
(Horoscope)DIPERCAYAI KONONNYA dapat menentukan ramalan personaliti seseorang, sifat
peribadi dan ramalan nasib bulan-bulandalam kehidupannya. Misalnya bagimereka yang lahir di dalam bulan November pada hari 22 sehingga 21 Disember merupakan mereka yang
dilabelkan dengan bintang SAGITTARIUS dan mempunyai personaliti serta peribadi ramalan tertentu.
Ramalan sebegini membawa kepada syirik dan hukum mempercayainya ialah haram dan berdosa.
Telah diriwayatkan oleh Abdullah ibn Abbas ra bahawa rasulullah s.a.w telah bersabda : “Sesiapa yang mengambil sebahagian dari ilmu bintang (nujum) maka sesungguhnya dia telah
mengambil sebahagian dari ilmu sihir yang setiap kali bertambah ilmu bintangnya (berkaitan ramalan) maka bertambah pulalah ilmu sihirnya”.
(hadith sahih diriwayatkan oleh Abu Daud, Nasaie dan Ahmad).
Telah jelas hukum sihir bahawa ianya haram menurut kesepakatan ulama dan membawa kepada kufur serta terbatal iman. Maka di dalam masalah ilmu horoskop ini hendaklah para pemuda-pemudi Islam berhati-hati dan tidak mempercayai apa-apa dari ramalan bintang-bintang ini yang jauh dari kebenaran dan dipenuhi kedustaan dan penipuan sekalipun terdapat kepadanya beberapa berita yang mendekati kebenaran.
“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda
kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui”. (Al-An’am : 97).
Imam Bukhari ra telah meriwayatkan di dalam kitab sahihnya bahawa Qatadah, seorang ulama tabien yang terkenal telah berkata : “ Allah telah menciptakan bintang-bintang untuk tiga
perkara iaitu perhiasan langit, pelempar syaitan dan sebagai tanda-tanda penunjuk arah maka barangsiapa yang mentafsirkan bintang-bintang selain dari tiga perkara ini maka ianya adalah salah dan sia-sia iaitu mensia-siakan nasibnya serta memaksa dirinya dengan sesuatu yang dia tidak mempunyai ilmu untuk mengetahuinya.”
Mempelajari ilmu bintang seperti ilmu falaq, ilmu kaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan seperti mengetahui arah perjalanan dan juga membuat kajian angkasa lepas bagi mendapat maklumat yang berguna bagi keselamatan manusia dan faedah kepada manusia dari sudut ilmu pengetahuan yang membawa manfaat tidaklah salah tetapi mempelajari ilmu astrologi untuk tujuan horoskop dan meramal nasib maka hukumnya ialah haram dan berdosa.
Setelah dibincang dan dibahas. maka jelaslah sudah bahawa mempercayai horoskop itu hukumnya haram. Marilah kita sama-sama fikirkan. Mungkin ada di kalangan sahabat handai kita yang mempercayainya. Jadi, terangkan kepada mereka akan hukum sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment