rss
twitter

Sajak petikan dari Novel Ayat-ayat Cinta


Bidadariku,
Namamu tak terukir
Dalam catatan harianku
Asal usulmu tak hadir
Dalam diskusi kehidupanku
Wajah wujudmu tak terlukis
Dalam sketsa mimpi-mimpiku
Indah suaramu tak terekam
Dalam pita batinku
Namun kau hidup mengaliri
Pori-pori cinta dan semangatku
Sebab
Kau adalah hadiah agung
Dari Tuhan
Untukku
Bidadariku


Buah Melaka @ Ondeh-ondeh

Kuih yang senang untuk dibuat. Time saving too.

Bahan-bahan:
1. Tepung pulut 450 g
2. Pewarna hijau/Perasa Pandan
3. Air
4. Gula Melaka (dipotong kecil2)
5. Kelapa yang diparut +sedikit garam (untuk disalut pada kuih)
6. Daun pandan
7. Garam

Cara-cara:
1. Tuangkan tepung ke dalam bekas bersama sedikit garam dan perisa pandan.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan.
3. Uli sampai jadi doh.
4. Kemudian jadikan doh kepada bentuk bulat.
5. Masukkan gula melaka sebagai inti.
6. Panaskan air bersama daun pandan.
7. Masak doh yang telah dibentukkan tadi dalam air panas yang mendidih.
8. Kuih dikira masak bila ia telah timbul di dalam air.
9. Bolak-balikkan kuih yang sudah masak di dalam kelapa parut.
10. Nah, kuih sudah siap untuk dijamu.

Cek Mek Molek


Bahan-bahan:
1. Ubi keledek
2. Tepung gandum
3. Gula
4. Minyak masak

Cara-cara:
1. Rebus ubi keledek sampai empuk.
2. Toskan ubi keledek dan lenyekkan ubi.
3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh.
3. Leperkan doh.
4. Letakkan sedikit gula (mengikut citarasa) sebagai inti dan gulungkan menjadi bujur.
5. Goreng di dalam minyak yang sederhana panas (agar tidak bergelembung).
6. Kuih ditoskan dan bolehlah dihidang.

Simpati, empati atau tiada perasaan langsung


Sekadar berkongsi kisah...

Saya sudah bermastautin di Indonesia hampir 4 tahun. Menetap di tempat bernama Malang. Tak pernah sekalipun lagi berblog mengenai tempat tercinta ini. Sebenarnya, banyak yang sudah terlihat, terpandang, dan tertawan. Hehe.. Jangan salah anggap dengan pernyataan tu. Ya memang manusianya yang saya perhatikan. Pernah tertipu dan harap tidak lagi bakal ditipu. Eh, tapi bukan ini yang mahu dikongsi.

Seperti biasa sejak berpindah ke belakang rumah sakit (RS) ni terpaksa la naik angkutan kota untuk pergi dan balik ke Fakultas Kedokteran (FK). Tambang Rp 2500. Itu tambang standard untuk sehala. Apa yang nak diceritakan adalah kisah di dalam perjalanan. Hampir setiap hari kalau terpaksa ke FK pun perkara ni berlaku. Tapi baru hari ni rasa nak berkongsi. Pemandangan biasa semasa menaiki angkut ialah bila angkut berhenti di lampu merah, ada banyak jenis manusia yang akan menghampiri angkut. Ok. Yang pertama biasanya peminta2 sedekah (terdiri daripada umur yang berbeza2), kedua- pengamen (org yang alat muzik dan menyanyi) dan ketiga- orang yang menjual (macam-macam daripada kacang, surat khabar, kuih).


Saya selalu mengklasifikasi (the unfortunate people) kepada 3 kelompok tu. Tapi sebenarnya ada banyak lagi rasanya.

Jadi untuk memendekkan cerita mereka ni terdiri daripada golongan yang cuba mencari rezeki tapi dengan jalan tersendiri. Bagi kelompok pertama tu, masa mula-mula datang di indonesia ni, hati saya memang mudah tersentuh tengok diorang ni. Bila dah lama-lama kat sini, persepsi saya banyak berubah mengenai mereka ni. Dulu adalah juga simpati, lepas tu jadi empati, lama-lama jadi macam tidak ada perasaan bila lihat mereka ni. Masa awal-awal di sini rajin jugalah tangan menghulur tapi sekarang pandang pun dah tidak. Kejamkan? Tapi itulah hakikatnya.

Golongan ni memang tersangatlah ramai. Kadang-kadang ada juga yang terlepas masuk ke FK. Pernah sekali masa tu saya sedang studi dengan kawan-kawan di kazebo sebelum ujian Parasit, datanglah 3 orang hamba Allah ni. Seorang perempuan dalam lingkungan 40, dan dua orang budak sekitar usia 8-10 tahun. Kami sempat terdengar perbualan si peminta sedekah ni. Katanya, " ya itu ke sana minta sama mbak2 nya". Lepas tu budak kecil dua orang ni pun menghampiri kami. Standard ayat yang mereka sering ucapkan untuk minta sedekah, "Nuwun mbak" (dengan ada satu nada yang sama. Bahagian ni kami memang pakar untuk immitate..haha.) Kemudian, kami dengan muka slumbernya buat tak tahu je. Kebetulan masa tu saya tengah memegang kuih dan menikmati dengan sedapnya. So, its a lil bit annoying for me. Then I gave them some money, to make them go away. Sebab mereka ni selagi tak dapat duit, selagi tu la dia tunggu di situ. Lepas tu kanak-kanak tu pun berlalu. Tapi datang balik dan dengan kurang sopannya meminta "mbak aqu mau kue-nya mbak..aqu lapar." Ya Allah, tuhan sajalah yang tahu perasaan saya waktu tu. Saya jawab, "eh itu tadi udak aku kasi kamu uang. ya beli aja dong pake uang itu." Dia berkeras juga boleh-boleh nak ambil dari tangan saya. Saya pun bagi tapi dengan hati yang panas. Huhu.. Dahlah pagi itu saya tak bersarapan. Ujian pula pukul 2 baru nak mula tapi pukul 10 dah perlu ada di sana (untuk quarantine session). Kawan-kawan saya pun meluahkan kebengangan kami. Sungguh tak patut perlakuan itu. Saya bukan apa, masalahnya mereka bukan tak mampu pun. Baju budak tu sikit punya "smart".



Biar saya ceritakan pasal mereka ini. Memang ada di antara mereka ni memang benar-benar tak mampu, tapi ada juga yang sihat walafiat pun nak meminta sedekah. Mereka ada macam geng la kat sini. Kumpul ramai-ramai. Kadang-kadang datang dengan budak kecil, tapi bukan anak mereka pun. Mereka siap boleh sewa anak tu dari orang lain untuk menarik simpati orang lain. Kadang-kadang saya tengok umur dah 60 lebih tapi ada bayi yang digendong. Apakah?? Saya marah sebab dia bawa bayi tu ke simpang jalan yang penuh dengan asap kenderaan, memang mereka ini tak punya simpati ke pada bayi tu? Siap para peminta sedekah ini mengatakan mereka punya HAM (Hak Asasi Manusia) untuk meminta sedekah. Can you people imagine they said that to their own government? Dah macam kerjaya sah pula jadi peminta sedekah tu. What a shame. When i saw this type of beggar, that was only i get so soul-less. Malas nak layan. Mampu nak cari rezeki yang halal tapi tak mahu berusaha. Geram..




But there were a time when I met a very unfortunate people. Disabled people, very old. Only then I realized how fortunate I am to be where I am. Sedih. Tapi tak mampu nak menolong, hanya mampu melihat dan memberi sedikit uang. Berjumpa dengan mereka ini membuat kita sedar nikmat yang kita ada. Tapi kadang-kadang golongan peminta sedekah yang betul-betul tidak mampu ini juga diabaikan oleh saya. Gara-gara sakit hati dengan peminta sedekah yang lain.


Kelompok kedua pula yang bermain alat muzik (biasanya gitar) atau "pengamen" Selalunya anak2 muda, belasan tahun. Mereka ni suara kadang-kadang mengalahkan kumpulan Peterpan. Sedap sangat. Tapi bagi saya lebih baiklah mereka ni cari pekerjaan yang tetap dari menganggur tak tentu hala. Produktiviti tinggi, boleh kerja dan memajukan negara. Alangkah baik kalau mereka sedar. Kalau kelompok ni tengok suara la kalau nak bagi duit atau tak.




Kelompok ketiga, adalah yang paling saya respek sebab mereka ni sebenarnya memang bekerja. Jual kacang pun pekerjaan apa. At least they have initiative to buy the nut and packaging it by themself. Biasanya di tepi jalan. Tapi ada jugak yang jual makanan tolak2, jual surat khabar. Tapi yang jual tolak2 tu saya tak jumpa la masa dalam perjalanan naik angkut. Ada juga yang jadi pengutip sampah. Kumpul barang-barang platik, kaca, aluminium. They work. Thats what matters to me. Golongan ni walaupun sesusah mana pun, mereka tak pernah meminta2. Kebanyakannya orang tua. Masa nilah selalunya terdetik di hati. Manalah anak2 mereka. Sampai ayah dan mak dibiarkan terbuang macam ni. Sayu, sepi dan kadang2 menitis jugak air mata tengok mereka gigih bekerja walaupun hakikatnya mereka sepatutnya bersama anak dan cucu bagi menghabiskan sisa hidup. Saya bertekad tidak akan membiarkan orang tua saya begitu. Kalau golongan yang 30-an tu memanglah terihat muka yang betul2 semangat dan gigih bekerja walaupun pulangannya kecil. Bila melihat mereka saya terfikir betapa beratnya tanggungjawab seorang ayah/mak. Walaupun susah tetap bekerja bagi menyara keluarga. Simpati/empati? Saya pun kurang pasti.



Mungkin in saja yang mampu dikongsi setakat ini. Simpati, empati atau tiada perasaan? Itu bergantung pada orang yang saya lihat. Saya masih manusia biasa punya perasaan dan kadang2 terlupa apa yang diperhatikan itu dapat menjadi pengajaran kepada diri.

Siapakah aku kini?

Inilah artikel yang bermakna setelah berbulan2 tidak menghiraukan blog ini, Bukan ingin memberikan nasihat, tapi hanya sekadar ingin berkongsi kisah.

It have been 3 months since my friend passed away. And i'm still thinking. Apakah pengajaran yg aku peroleh dari pemergiannya..Adakah aku masih di sini seperti dulu. Masih sama dengan perangai yang biasa (bergurau senda, tertawa spjg masa) atau telah ada perubahan dalam diri ini. Hakikatnya tiada perubahan yang berlaku. Mungkin insaflah sehari dua tapi lepas tu perangai tetap sama. Ada yang berkata " Iman itu ada pasang surutnya". Memanglah benar. Tetapi rasanya seperti imanku masih di takuk yang lama. Tiada keinsafan dalam hati mungkin. Atau insaf itu hanya sekadar hangat2 tahi ayam.

Aku di sekolah dan sekarang di uni, ada perubahan yang ketara terlihat. Kalau dulu betul-betul bersemangat, semua yang dilakukan dengan penuh komited. Tapi sekarang semuanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Begitu tidak bersyukurnya aku.
Kalau dulu, pakaian dan auratnya di jaga tetapi kini masih dijaga tapi dgn kurang hati2 (samalah,seperti melepaskan batuk di tangga).
Kalau nak teruskan penyenaraian perubahan sikap dan karakter ini. Mahu habis 2-3 hari. Perubahan ini mungkin banyak disebabkan oleh ranjau yg kita lalui.

Apabila datangnya ujian kepada seseorang ada dua kemungkinan respon kita terhadap sesuatu situasi tersebut. Kita boleh merasa sama ada melalui ujian itu dengan kesabaran dan berserah kepada Allah atau kita boleh berasa marah kepada Allah atas ujian yg diberikan. Respon kita kepada perkara inilah yg menghasilkan efek yang berbeza kepada perubahan hidup kita.

Kalau kita memilih untuk sabar dan tenang dalam menghadapi dugaan ini. Itu adalah jalan yang terbaik kerana segala sesuatu yang berlaku di dalam hidup kita mempunyai hikmah yang mungkin takkan terlihat oleh mata kasar kita pada waktu ini. Setiap sesuatu yang berlaku adalah perancangan untuk kerberlangsungan hidup kita pada masa akan datang. Dan kita seharusnya lebih percaya bahawa Allah itu sentiasa menyayangi hambanya. Cara yang terbaik adalah dgn sentiasa berprasangka baik kepada Allah. Seperti dalam firman Allah:


لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"."
:: Al-Baqarah:286::

Dugaan itu adalah sementara. Seperti ayat di bawah:


فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (5) إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (6)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
:: Al-Insyirah:5-6 ::


Dan sekiranya kita memilih untuk memberontak atau berasa marah dengan ujian yang diberi. Mungkin kita telah merasa seolah2 kita telah melakukan segalanya yang benar. Kita sembahyang dan menuruti perintah Allah dan kita meninggalkan larangan-Nya. Dan kita adalah lebih baik dari manusia lain yang berbuat jahat. Tapi kenapa harus kita yang diuji?
Disini, kita berbalik kepada soal hati kita. Apakah apa yang kita lakukan selama ini benar untuk Allah dan bukan kerana terpaksa atau sekadar ingin menunjuk2? Jika kita ikhlas dengan ibadah atau segala perlakuan kita yang menurut ajaran agama, kita tidak akan pernah mengungkit. Tidakkah kita pernah terfikir, jika kita ingin mengungkit amal baik yg kita lakukan, Allah juga mungkin ingin mengungkit apa yg dia telah berikan selama ini kepada kita. Jika perhitungan itu dilakukan, maka tidak akan pernah cukup amal perbuatan yang kita lakukan selama ini bg membalas nikmat yang Allah telah beri selama ini.

Kita sebagai manusia, lebih cenderung melihat apa yg kita ingin ilhat. Kita melihat ujian itu lebih besar dari nikmat yang selama ini berada di depan mata. Astaghfirullah..

Untuk memperjelaskan lagi, mari kita merenung ayat ini:


"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat".
:: Al-Baqarah: 214 ::

"Dan sungguh akan Kami berikan ujian kepadamu. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk."
:: Al-Baqarah:155-157 ::


Dan sebagai Nabi Muhammad saw bersabda:

"Tidak ada yang menimpa seorang mukmin, bahkan ujian sekecil duri pun kepadanya, tapi Allah akan mencatat satu kebaikan baginya dan akan menghapus perbuatan buruk dari dirinya."

Dan seperti diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:

"Jika Allah ingin berbuat baik kepada seseorang, Dia menimpa dia dengan cobaan."
:: HR. Bukhari ::


Dan dalam hadis yang indah Rasulullah saw juga bersabda:

"Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia tertimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya".
:: HR. Muslim ::


Seharusnya bila segala ujian ini menimpa kita, kita harus tabah dan tetap bersabar dan percaya dengan yakin dengan janji2 Allah. Kuncinya terletak pada kesabaran.

يا أيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
:: Al-Baqarah:153 ::

Lebih afdhal lagi jika kita sentiasa memanjatkan doa kepada Allah. Moga tiap ujian yang singgah dalam hidup kita akan berakhir dengan kebaikan. Moga2 Allah mengukuhkan iman kita lebih baik dari sebelumnya.

Mu’adz bin Jabal r.a- menceritakan bahwa suatu ketika Rasulullah saw memegang tangannya seraya mengucapkan,
"Hai Mu’adz, demi Allah sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu. Demi Allah, aku benar-benar mencintaimu."
Lalu beliau bersabda,
"Aku wasiatkan kepadamu hai Mu’adz, jangan kamu tinggalkan bacaan setiap kali di akhir solat hendaknya kamu berdoa, ‘Allahumma a’inni ‘ala dzikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik’ (Ya Allah, bantulah aku untuk mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah dengan baik kepada-Mu)".

:: HR. Abu Dawud, disahihkan al-Albani dalam Sahih wa Dha’if Sunan Abi Dawud [1522] ::


Jadi apa yang dapat disimpulkan, seharusnya kita menjadi lebih baik hari demi hari kerana setiap dugaan yang kita lalui boleh membimbing kita menjadi hamba Allah yang lebih cekal dan sabar. Jawapan kepada siapakah aku hari ini adalah "aku seharusnya menjadi lebih baik dari semalam kerana tiap dugaan dan ranjau dalam hidup, telah mendekatkan aku kepada pencipta". Peringatan buat diriku yang masih lalai dan terus dibuai mimpi dan kelazatan dunia yang sementara. Rehatlah sebentar, renunglah perbuatan dan tanyalah kepada diri: Siapakah aku kini?




PAGI ITU


Pagi itu, dia datang kepadaku

Katanya, ayuh bangun tunaikan kewajipan

Pagi itu, aku terasa lembut sentuhannya,

Katanya, ilmu menantiku untuk diterokai

Pagi itu, pipiku disentuh

Katanya, sakit itu kasih dari Yang Kuasa


Pagi itu, tiada dia,

Bisikku, di mana dia?

Pagi itu, teman hidupnya menyentuhku

Katanya, Pencipta lebih mencintainya.

Kulihat, kain putih dan dia.


Pagi ini, sepi dan sayu,

Desisku, aku rindu dia.


@WMWM@

MALANG,13 JAN 2010

16:40 WIB



LOVE ALLAH


Author: Unknown

Thy love has infatuated me;
O my Allah, I love Thee!
Thy love is so sweet, really;
O my Allah, I love Thee!

Neither wealth pleased me,
Nor do I worry about poverty.
Thy love alone, makes me happy;
O my Allah, I love Thee!

Thou hast commanded us to pray,
And advised to keep in the right way;
Thine blessings to enjoy in endless way,
O my Allah, I love Thee!

The nafs I have is so treacherous;
Poor me, with this being so lecherous!
I've found the real delight, so gorgeous;
O my Allah, I love Thee!

Doing the prayers properly,
And also earning the worldly,
Is what I do daily and nightly,
O my Allah, I love Thee!

Love is not only words,O Hilmi!
Thy Allah commandeth drudgery;
Let your manners testify to thee!
O my Allah, I love Thee!

Islam enemies are so many,
Attacking the religious insidiously;
How could one ever sit idly!
O my Allah, I love Thee!

A lover simply will not sit lazily,
Lest his darling should be hurt slightly,
Silence the enemy, and then say honestly,
O my Allah, I love Thee!

CINTA



Cinta itu buta lg membutai
Siang kufikir malam
Malam kufikir siang

Resah, keluh, gelisah
Kapan kita kan bertemu

Tenang, damai, bahagia
Bila engkau menemaniku

Tidak mungkin kankukehilangan
Rasa cinta sedalam samudera
Untuk dirimu insan istimewa.

- KL, 22 Feb 2009- WMWM