rss
twitter

WISDOM
















Kebijaksanaan atau wisdom-bolehkah kita mendapatkannya melalui pembacaan ataupun melalui pengalaman itu sendiri?

Persoalan ini timbul sebaik sahaja saya memberitahu rakan saya bahawa saya amat berminat untuk membaca buku berlatarkan motivasi seperti buku-buku karangan Mitch Albom.

"Aku tak habis lagi baca 5 people we meet in heaven. Bestla baca buku2 macam tu. Aku boleh amik pengajaran dari buku2 camtu. I could feel the wisdom," ujarku panjang.

"Aku tak rasa wisdom tu kita boleh dapat dengan membaca. Benda ni macam hurm..susahla aku nak cakap..susah," kata seorang teman saya.

Saya sebenarnya faham sangat apa yang cuba dia sampaikan tapi dia menolak untuk terus melanjutkan perbincangan kami. Mungkin takut kalau perkara ni menjadi isu sensitif kepada saya.

Berbalik kepada pokok perbincangan wisdom itu sendiri. Wisdom merupakan idea/ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk meneruskan kehidupan yang baik/sempurna. Secara mudah boleh dikatakan, makin tua makin la tinggi wisdomnya. Saya tidak menolak kata-kata rakan saya sepenuhnya tetapi tidak pula menerimanya. Pembacaan semata-mata tidak akan sama sekali menambahkan kematangan seseorang itu dalam kehidupan.




















Saya analogikan seperti seorang guru yang menerangkan kepada anak muridnya betapa sakit apabila kita terluka. Seribu patah kata boleh digambarkan oleh seorang guru itu untuk menerangkan apa erti luka dan sakit tetapi ia tidak akan sama dengan perasaan sebenarnya apabila murid itu sendiri yang mengalaminya.

Kita boleh mencuba untuk memahami luka dan sakit kita semahunya di dalam ruang lingkup teori. Dan pelajaran itu akan lengkap dan sempurna apabila kita sendiri yang merasakan. Jadi membaca itu adalah suatu bentuk teori untuk kita mengenali wisdom tetapi untuk mendapatkannya kita harus melaluinya. Jadi tidak salah sekiranya kita membaca untuk mengenali setiap pengajaran dalam hidup kita supaya kita lebih bersedia. Sekurang-kurangya kita pernah mengenal perasaan tersebut sebelum kita melaluinya.

Saya tidak pernah menolak bahawa pengalaman itu sendiri merupakan pengajaran/pendidik terbaik dalam hidup. Seperti juga orang lain boleh merasa simpati terhadap orang lain yang di dalam kesusahan. Kita empati kepadanya.

Ada yang pernah berkata "Aku faham kau mesti sedih sebab tidak merasa kasih seorang ayah dan kau mesti rindukan dia. Bersabarlah."

Ini ayat yang selalu diucapkan oleh orang lain bila mereka mengetahui saya sebenarnya tidak lagi berayah. Saya akan hanya tersenyum dengan kata-kata mereka dan berkata, "Hurm, aku ok je."

Dan di dalam hati sempat terdetik,
"Apalah yang orang lain tahu dan faham. Dia sendiri pun tak pernah lalui benda ni."

Saya mempunyai sebuah pengajaran daripada pengalaman yang bukan semua orang pernah alami. Itu adalah sebahagian dari wisdom. Pengalaman suka dan duka ituah yang mendewasakan kita dengan lebih sempurna. Dan pembacaan cumalah jalan untuk kita mengenalinya.


Life is a process. We are a process. The universe is a process.
-Anne Wilson Schaef-


I love my past. I love my present. I'm not ashamed of what I've had, and I'm not sad because I have it no longer.
-Colette-


0 comments:

Post a Comment