rss
twitter

Mengapa Aku Menikah/ Berkahwin?


Assalamua'laikum...

Hari ini nampaknya saya ber"mood" untuk menulis tentang buku yang baru saya beli tempoh hari,
Memilih Pasangan dan Tatacara Menikah (sini). Walaupun bukunya murah tapi infonya tersangat diperlukan oleh "kita-kita" yang masih tercari-cari teman hidup dan seterusnya memahami perjalanan hidup bertukar alam dari alam bujang ke alam berumah tangga.

Sebagai seorang muslim, apa yang penting pada kita ialah niat kita melakukan sesuatu perkara. Seperti yang disebut dalam sebuah hadis:

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Makna Hadith:

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

:: Hadis Sahih ::


Niat dapat mengubah suatu amal perbuatan yang hukumnya mubah (dibolehkan) menjadi amal perbuatan yang disunnahkan. Kita tidak menikah atas dasar untuk memuaskan nafsu semata-mata. Alasan kita menikah harusnya terarah pada satu hal iaitu untuk mengabdikan diri kepada Allah dan agama:

1. Pernikahan adalah bentuk ketaatan kita kepada Allah swt.
Bagi seorang lelaki/perempuan yang telah memiliki kemampuan untuk menikah dan mempunyai nafsu yang tinggi maka penikahan adalah WAJIB untuknya.

Sabda Rasulullah saw:

Beliau bersabda, “Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mampu menikah, maka hendaklah dia menikah kerana nikah itu lebih menjaga kemaluan. Barangsiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu akan menjadi perisai baginya.” :: Muttafaqun ‘alaihi ::

Maka hadis yang disebutkan di atas merupakan sebuah perintah; dan sebuah perintah itu menunjukkan hukum wajib sleagi tidak ada qarinah (indikasi) yang memalingkan dari hukum wajib itu.

2. Mendekatkan diri kepada perbuatan-perbuatan baik dan menjauhkan diri dari perbuatan buruk.

Rasulullah saw bersabda:

من تزوج فقد أحرز نصف دينه فليتق الله في النصف الباقي

“Barangsiapa yang menikah, ia telah menjaga separuh agamanya. Maka takutlah kepada Allah dalam separuh sisanya.”

:: Hadis Hassan::

Orang yang taat kepada Allah pasti menyegerakan bagi menggapai pahalah yang besar ini. Apa yang disebut oleh Islam adalah realiti kerana seorang lelaki yang telah menikah akan dapat mencegah dirinya daripada melihat wanita yang bukan mahram, dan dia tidak menyibukkan diri dengan nafsu syahwat dan terhindar dari perbuatan zina.

3. Untuk menjaga kesucian diri

Sesiapa yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kesucian dirinya, maka Allah akan memberikan kepadanya apa yang diinginkan, membantunya dalam menggapai mahligai pernikahan, mempermudahkan jalan-jalannya menuju gerbang perkahwinan, dan membukakan untuknya pintu-pintu pernikahan.

Rasulullah saw bersabda:

Tiga golongan manusia yang pasti ditolong oleh Allah; Mujahid yang berjuang di jalan Allah, Mukatab (hamba sahaya yang hendak memerdekakan diri) yang hendak membayar tebusannya, dan orang yang menikah (kerana) ingin menjaga kehormatannya."

:: HR.Ahmad ::

4. Untuk mendirikan sebuah keluarga muslim yang didasarkan pada aspek ketaqwaan, keimanan, akhlak, dan ihsan.

Jika kita imbau kepentingan sebuah keluarga ke arah membina komuniti Islam yang menyeluruh, peranannya amatlah besar. Apabila rumah tangga yang Islami tebina, maka lahirlah anak yang islami, masyarakat yang ideal, hakim yang baik, doktor yang amanah seterusnya menghasilkan sebuah komuniti ideal berteraskan Islam.



5. Melahirkan zuriat yang soleh

Firman Allah swt:

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".
Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): "Bahawasanya Allah memberi khabar yang menggembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan beriman kepada Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh".

(Ali I'mran: 38-39)


Allah juga berfirman melalui lisan Nabi Zakaria a.s:

"....oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai"
:: Maryam: 5-6 ::

Allah swt pun mengabulkan doa nabi Zakaria kerana kesungguhan baginda dalam memohon.
Allah berfirman:

(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya): "Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang Kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya".
:: Maryam: 7 ::

Allah telah memilih nama untuk anak Nabi Zakaria as iaitu Yahya yang bererti tidak akan mati untuk selama-lamanya. Allah telah mewafatkan Nabi Yahya as dengan mati syahid kerana orang-orang yang mati syahid akan selalu hidup di sisi Allah dan diberikan rezeki oleh-Nya.

Nabi Zakaria as berasa sangat terkejut kerana dirinya sudah tua dan isterinya mandul, tidak mungkin baginya untuk mendapat zuriat. Tetapi kekuasaan Allah tidak ada batasannya.

Allah berfirman:

Nabi Zakaria bertanya: "Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?" Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya - janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; "Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun."
:: Maryam: 8-9 ::

Bagi orang yang sulit untuk mendapatkan anak, seeloknya berdoa dengan doa nabi Zakaria:
"Ya Tuhan, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dang Engkaulah Waris yang paling baik."
:: Al-Anbiya': 89 ::

6. Sebahagian orang soleh menikah dengan tujuan memberikan harta kepada seorang wanita fakir.


7. Sebahagian orang soleh menikah agar dia dapat mengetahui perjalanan hidup dan tingkah ibadah orang sebelumnya. (Contoh: Seorang lelaki yang berkahwin dengan bekas isteri kepada Saidina 'Umar Al-Khatab.


8. Pernikahan bertujuan menjaga kesucian seorang wanita muslimah yang yatim, fakir atau seumpamanya.


Itu saja yang dapat saya kongsikan di sini. Semoga kita dapat sedikit sebanyak menambah ilmu tentang pernikahan.

Next Entry:
Siapa yang engkau nikahi? (Memilih Isteri)
Siapa yang engkau nikahi? (Memilih Suami)



0 comments:

Post a Comment