Salam..
Berfikir dan melihat itu baik. Itu adalah cara kita untuk memahami hidup kita. Pandangan hidup kita mungkin berbeza jika kita melihat pada sudut yang lain.
Secara jujurnya, saya beranggapan bahawa saya adalah seorang yang baik dan saya patut menerima perkara yang baik-baik dalam hidup. Bila ada perkara yang tidak baik yang berlaku, saya akan sering bertanya, “Apakah kesilapanku sehingga aku menerima musibah ini? ” Begitu angkuh sekali pertanyaan di lubuk hati saya. Terdapat tanda riak dan takabbur dalam diri.
Saya sering beranggapan bahawa, “I am a good person which bad things happen to me”. Tapi hari ini saya cuba membuat putaran seratus lapan puluh darjat kepada pernyataan itu. “I am a bad person which good things happen to me”. Ada benar juga dalam pernyataan itu. Saya sering meletakkan diri dalam posisi sempurna, tanpa cela. Hakikatnya jelas berbeza. Bila saya berfikir seperti pernyataan pertama, saya akan menjadi angkuh, mempersoalkan semua ujian yang diterima. Kononnya orang baik harus menerima yang baik-baik sahaja. Itu membuatkan saya tidak bersyukur.
Bayangkan bila pernyataan kedua yang jadi pegangan. Saya akan sedar bahawa betapa hinanya saya. Walaupun dengan kejahilan dan kejahatan saya selama ini, Allah masih mahu memberi. Memberi hidup yang baik, keluarga yang baik, keamanan, kemakmuran, dan kesenangan.
Saya percaya dengan firman Allah:
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
::An-Nur:26::
Kali ini saya mahu meletakkan diri saya pada ayat yang pertama-"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat". Situasi saya juga dapat diterangkan dengan ayat itu. Bagaimana jika, saya bertemu dengan lelaki sedemikian kerana saya juga sedemikian. Teringat kembali kata-kata kakak saya sebelum ini bahawa adanya “Law of Attraction” dalam kehidupan kita. Kita tertarik dan akan menarik pada orang yang hampir sama dengan kita. Ha.. Ada benarnya. Saya tidak cukup baik untuk orang-orang yang baik. IT IS ANNOYINGLY TRUE. Kembali kepada nasihat-nasihat yang selalu diberikan dalam mencari jodoh. Jika anda mahu orang yang soleh, anda harus solehah dulu. Itu usaha yang terbaik dan lebih berkesan. Jika kita terus mencari tanpa menyedari “what we made of” dan orang macam mana yang “made for us”, pencarian akan menjadi amat sukar. Ukur baju di badan sendiri. Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Sepertinya, saya adalah si pipit yang tergila-gilakan sang enggang. Mustahil jika saya terus bersikap sebegini, saya akan mendapat sang enggang.
Hanya dua pernyataan ini yang mampu saya kupas dan benar-benar berkaitan dengan hidup saya. Betapa selama ini saya melihat pada sudut yang lain. Hari ini saya membuka minda kepada pernyataan bahawa, “You are never good enough for Allah”. Pandanglah dari perspektif yang dapat mendorong kita untuk berusaha menjadi yang terbaik bukan menjadi si hina yang angkuh.
Izinkan saya akhiri, tulisan saya pada hari ini dengan sebuah hadis. Sekadar renungan untuk kita.
Rasulullah saw bersabda: " Tidak akan masuk syurga seseorang yang terdapat dalam hatinya sifat sombong (kibr) meskipun hanya sebesar biji sawi."
:: Hadis Riwayat Muslim ::
0 comments:
Post a Comment