rss
twitter

THE DAY HAS COME


Sudah berbulan-bulan blog ni ditinggalkan. Terbengkalai, terbiar sepi. Hari ini, saya terpanggil untuk menulis kembali kerana masanya sudah tiba untuk saya mulakan kehidupan sebagai seorang "Dokter Muda" atau Co-ass/co-assistant (baca: ko, as) atau nama2 lainnya. Clinical life will starts tomorrow. I am excited and freak out at the same time.


Sedikit penerangan mengenai "clinical years" ini, saya akan melalui 80 minggu praktikal di 15 laboratorium atau department.

1.ENT (Ilmu Penyakit Telinga Hidung Tenggorokan/THT) = 4 minggu
2. Surgery (Ilmu Bedah) = 8 minggu
3. Neurology (Neurologi) = 4 minggu
4. Medical (Ilmu Penyakit Dalam/IPD) = 12 minggu
5. Accident and Emergency (Ilmu Kedokteran Emergensi) = 3 minggu
6. Opthalmology (Ilmu Kesehatan Mata) = 4 minggu
7. Paediatrics (Ilmu Kesihatan Anak/IKA) = 8 minggu
8. OBGYN (Obstetri&Ginekologi) = 8 minggu
9. Dermatology & Venerology (Ilmu Kesehatan Kulit&Kelamin) = 4 minggu
10. Psychiatry (Psikiatri) = 4 minggu
11. Forensics (Forensik) = 4 minggu
12. Radiology (Radiologi) = 4 minggu
13. Public Health (Ilmu Kesehatan Masyarakat/IKM) = 8 minggu
14. Anaesthesiology (Anastesiologi) = 3 minggu
15. Rehabilitation (Rehabilitasi) = 1 minggu
TOTAL: 79 minggu

Sepanjang 80 minggu ini saya mendapat cuti selama 1 minggu sahaja iaitu selepas Lab A&E/ Emergensi. Its a long journey with a lot of opportunities. Saya akan cuba untuk sentiasa positif sepanjang menjadi Koas ini insyaAllah. Besok saya akan mulakan tugas saya di Lab THT selama 4 minggu. Semoga Allah mempermudahkan jalan sepanjang 80 minggu ini dan memperoleh ilmu yang berguna.

Bismillahirrahmanirrahim...
ALLAAHUMMA NAWWIR QALBII BINUURI HIDAAYATIKA KAMAA NAWWARTAL-ARDHA BINUURI SYAMSIKA YAA FATTAAHU YAA ‘ALIIMU IFTAH ‘ALAYYA FAT-HAN QARIIBAN YAA FATTAAHU YAA ‘ALIIMU.

Ya Allah, terangilah hatiku dengan sinar hidayah-Mu sebagaimana Engkau menerangi bumi dengan sinar matahari-Mu, wahai Tuhan Yang Maha membuka lagi Maha mengetahui, bukakanlah pintu hatiku dalam waktu yang dekat wahai Tuhan yang Maha membuka lagi Maha mengetahui.
Amin ya Rabbal A'lamin..


Sejenak di PPUM



Hari ini, aku melawat ibu temanku di PPUM. Ibunya mengalami pendarahan dalam otak. Segala2nya berlaku sepantas kilat. Aku tidak pasti sama ada "subarachnoid hemorrhage" atau apa. Hati aku amat tersentuh apabila aku melangkah ke wad neurosains dan melihat ayah kawanku yang setia menanti isterinya. Menurut temanku, ayahnya pada mula tidak membenarkan ibunya menjalani pembedahan untuk memperbaiki pembuluh darah yang pecah itu, tapi temanku sebagai anak sulung bertegas untuk membenarkan ibunya menjalani pembedahan. Alasan ayahnya untuk tidak membenarkan adalah mudah, kerana doktor ingin memperbaiki saluran darah itu dengan "plate and screw". Ayahnya pernah melalui pembedahan pemasangan plate dan screw di kaki dan kesakitan yang ditanggung amat perit. Dia tidak mahu isterinya mengalami rasa sakit yang sama. MasyaAllah.. Besarnya CINTA seorang suami kepada isterinya. Namun, temanku tetap bertegas dan akhirnya ayahnya akur juga. Alhamdulillah. Pembedahan berjalan dengan lancar dan insyaAllah segalanya akan lebih mudah selepas ini.


Apa yang aku dapat dari masa dua jam aku melawat ibu temanku adalah pelbagai pengajaran.

1. Allah telah menunjukkan kekuasaan-Nya bahawa tiada apa yang lebih berkuasa selain dia. Segala2nya berlaku atas kehendak-Nya. Ibu temanku jatuh rebah dan terus tidak sedarkan diri hanya dalam beberapa detik perkara itu berlaku.

2. Mencari calon SUAMI yang BAIK itu PENTING. Biarpun sudah mempunyai anak seramai 7 orang--> "Sakitmu juga sakitku". Kata-kata yang bukan hanya dilafazkan sebelum kahwin tapi biarlah kata2 itu kekal sampai akhir hayat.

3. Didiklah ANAK dengan baik kerana didikan yang baik akan menghasilkan anak yang mampu menggalas tanggungjawab bila-bila masa ketika kita tidak lagi mampu membuat keputusan.


Aku berfikir tentang pelbagai kemungkinan. Gembira aku melihat temanku yang begitu dewasa dan matang dalam menggalas tanggungjawab sebesar itu dengan tenang.

Benarlah firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah Ayat 286:


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".


Semoga ibu temanku cepat sembuh dan temanku dipermudahkan hidupnya. Amin...

12 Tahun Tanpamu

It have been 12 years since I've lost you..Time flies so fast.. It feels just like yesterday you were talking and giving me advices. Al-Fatihah..

KOC WANITA

Alhamdulillah saya sudah selamat sampai ke KL hari sabtu lepas. Segalanya berjalan lancar. Setelah dua hari berehat di rumah tanpa aktiviti "outdoor", saya pun memetuskan semalam untuk ke Mid Valley Megamall dengan menaiki komuter. Dah ada koc wanita sekarang ni. Koc wanita ni terletak di gerabak tengah. Sekiranya komuter tu ada 3 gerabak, koc wanita terletak di bahagian tengahnya. Bagus idea ni sebenarnya, tiadalah lagi para wanita yang terpaksa bersesak di kalangan lelaki yang suka mengambil kesempatan.


Tapi malangnya, ada juga segelintir dari penumpang yang tak memahami ayat KOC WANITA, WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA. Saya rasa perkara ini berlaku disebabkan oleh 3 perkara:
1. Penumpang lelaki yang tak reti membaca dalam bahasa Melayu atau Inggeris (gambar tu pun patutnya dah cukup memahamkan)
2. Penumpang lelaki yang kurang rasa malu dan segan. (muka tak tahu malu).
3. Penumpang perempuan yang tak faham bahasa. Dengan sengaja membawa suami/teman lelaki naik bersama2nya di dalam koc wanita. Sungguh memalukan dan tiada tatasusila dan kesopanan (tolonglah naik gerabak 1 dan 2 tu..)

Pengwujudan koc wanita ini adalah suatu langkah yang bijak. Bagi saya yang pernah menggunakan perkhidmatan komuter pada waktu puncak, situasinya amat tidak menyenangkan bila dikelilingi lelaki2,ada saja bau yang tidak menyenangkan, tangan yang merayau2 mencari kesempatan dan macam-macam lagi. Memang amat tidak menyelesakan. Namun, sekadar mengadakan sesuatu tapi tidak menguatkuasakan dengan serius menunjukkan ketidakmatangan perancangan pihak komuter. Benarlah, jika dikatakan rakyat Malaysia ni hanya "hangat-hangat tahi ayam". Awal2nya rajin. Lepas itu sudah malas nk memastikan apa yang dirancang berjalan seperti yang sepatutnya. Bukan pihak KTM berhad sahaja harus dipersalahkan tapi juga kepada para penumpang. Lelaki maupun perempuan. Kalau yang si lelaki, sedar diri dulu anda itu lelaki dan tidak seharusnya berada di gerabak itu dan untuk si perempuan, kalau agak2 dah nak naik komuter bersama dengan suami/teman lelaki, silalah guna gerabak selain koc wanita ini.

Di bawah ini adalah bentuk2 soalan dan jawapan yang saya peroleh dari KTMB:

1.Siapakah yang boleh menaki Koc Wanita?
Wanita dari pelbagai peringkat usia sahaja. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring / saudara wanita dibenarkan menaiki koc ini.

2.Apakah yang boleh dilakukan jika terdapat penumpang lelaki menaiki Koc Wanita ini?
Kerjasama semua pihak amat kami perlukan. Dengan cara yang berhemah, anda perlu memaklumkan dan meminta penumpang lelaki tersebut menaiki koc biasa.
Jika pintu tren telah tertutup dan tren bergerak, penumpang lelaki tersebut boleh turun dan berpindah ke koc biasa di stesen berikutnya.

3.Jika bersama keluarga / pasangan / rakan, apakah pilihan yang boleh anda lakukan?
Anda mempunyai pilihan berikut:
i. Menaiki koc biasa (iaitu koc hadapan dan belakang) bersama-sama keluarga / pasangan / rakan; atau
ii. Ahli keluarga / pasangan / rakan wanita serta kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun ke bawah boleh menaiki Koc Wanita. Manakala ahli keluarga lelaki / pasangan / rakan lelaki boleh menaiki koc biasa (berpisah sementara).

4.Bilakah Koc Wanita boleh dinaiki oleh semua penumpang?
Koc Wanita akan bertukar menjadi koc biasa dan boleh dinaiki semua penumpang apabila berlaku insiden atau kelewatan yang teruk ke atas perkhidmatan KTM Komuter.
Pengesahan pertukaran Koc Wanita kepada koc biasa akan dapat diketahui oleh penumpang melalui makluman daripada pemandu tren atau petugas di stesen atau platform, dan melalui pengumuman siar raya di stesen.

Akhir kata, tingkatkan kesopanan dan jadilah bangsa yang bertamadun. Prasarana sudah jauh ke hadapan tapi janganlah minda jauh tertinggal di belakang.

SEMESTER TERAKHIR TEORI


Pejam celik, pejam celik sudah hampir 4 tahun saya berada di bumi Malang. Segala pahit manis dan suka duka telah dilalui sebagai seorang pelajar perubatan. Di Universitas Brawijaya ini kami diajar dengan menggunakan sistem teori dan klinikal, dimana kami perlu menghabiskan teori kami selama 4 tahun dengan jam kredit sebanyak 148. Syukur saya sudah sampai sejauh ini.

Besok bakal bermulalah Peperiksaan Terakhir untuk semester teori terakhir. InsyaAllah, dua minggu akan datang lengkaplah sudah perjuangan selama empat tahun, belajar dan mengatur strategi untuk berperang di gelanggang peperiksaan bertulis. Selepas ini tanggungjawab yang lebih berat bakal digalas. Khuatir jika bahu ini tidak sekuat dan segagah mana untuk membawa amanah yang menggunung ini.

Waktu klinikal bukanlah lagi waktu untuk bergurau senda dan bercanda tawa. Ia waktu yang patut dimanfaatkan sepenuhnya. Kalau selama ini teori hanya mengajar kita fakta dimana 1+1=2 tetapi kini latarnya berbeza, 1+1 mungkin =3 atau 1+1 mungkin=0. Aplikasi ilmu yang memerlukan ketekunan dan kesungguhan. Jika teori dulu umpama larian pecut (sprint) tapi klinikal adalah ibarat marathon. Di kala belajar teori, mungkin ramai di kalangan kita yang suka belajar "last minute", tapi klinikal memerlukan kesungguhan dari awal hingga akhir. Perlukan kepada istiqamah. Kaki harus kuat untuk berlari, badan harus siap bekerja. Jangan lesu di tengah perlumbaan. Tujuan terakhirnya bukan siapa yang sampai dulu di garisan penamat, tapi yang utama ialah untuk sampai ke garisan penamat.

Senggang waktu dua bulan liburan harus dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai persiapan bertempur di medan jihad.Medan yang dinamakan "rumah sakit". Bertemu pesakit dengan keyakinan dan motivasi yang tinggi. Ilmu yang terbuku di dada harus diaplikasi kepada gelanggang sebenar. Pesakit adalah guru yang terbaik untuk kita.

Sekadar ini sahaja cetusan idea selama 20 minit. Perlu sambung menjengah nota-nota untuk ujian Forensik besok. Doa-doakanlah kejayaan saya dan teman-teman yang lain.
Wassalam..

MEN vs WOMEN


WHY MEN STOP TALKING WHEN THEY HAVE PROBS?

Men go into their caves or become quiet for a variety of reasons.

1. He needs to think about a problem and find a practical solution to the problem.
2. He doesn't have an answer to a question or a problem. Men were never taught to say "Gee, I don't have an answer. I need to go into my cave and find one." Other men assume he is doing just that when he becomes quiet.
3. He has become upset or stressed. At such times he needs to be alone to cool off and find his control again. He doesn't want to do or say anything he might regret.
4. He needs to find himself. This fourth reason becomes very important when men are in love.

At times they begin to lose and forget themselves. They can feel that too much intimacy robs them of their power. They need to regulate how close they get. Whenever they get too close so as to lose themselves, alarm bells go off and they are on their way into the cave. As a result they are rejuvenated and find their loving and powerful self again.



WHY WOMEN TALK WHEN THEY HAVE PROBS?
Women talk for a variety of reasons. Sometimes women talk for the same reasons that men stop
talking. These are four common reasons that women talk:
1. To convey or gather information. (This is generally the only reason a man talks.)
2. To explore and discover what it is she wants to say. (He stops talking to figure out inside what he wants to say. She talks to think out loud.)
3. To feel better and more centered when she is upset. (He stops talking when he is upset. In his cave he has a chance to cool off.)
4. To create intimacy. Through sharing her inner feelings she is able to know her loving self. (A Martian stops talking to find himself again. Too much intimacy, he fears, will rob him of himself.)

Without this vital understanding of our differences and needs it is easy to see why couples struggle so much in relationships.


Taken from: Men Are From Mars, Women Are From Venus

UCAPAN TERIMA KASIH



Sudah hampir 2 bulan blog ini tak terjengah. Nak menulis tapi tiada idea yang sesuai. Kalau boleh nak topik yg ringan dan xberat. Seawal jam 3 pagi waktu malaysia ni la baru terlintas idea nak berblog tentang ucapan terima kasih. Kelihatan enteng tapi secara jujurnya berapa orang je yang ringan mulutnya untuk mengucapkan kalimat ini. Terima kasih adalah suatu kalimat yang mengungkapkan penghargaan kepada orang yang kita ucapkan.
Dan perkataan ini membawa kegembiraan kepada orang yang diucapkan kerana terasa diri dihargai.

Seorang "teman akrab" pernah menasihati saya, katanya:
"Ada 3 perkara yang apabila kita lakukan atau ucapkan ia akan mendatangkan kegembiraan"
1. Maaf
2. Terima kasih
3. Salam

Nasihat yang pada awalnya diambil ringan sebenarnya mempunyai kebenaran. Tidak susah sebenarnya untuk membuatkan orang lain gembira. Tetapi perkara itulah yang kita remehkan dalam hidup kita. Tanpa ucapan terima kasih itu, manusia yang banyak menolong kita mungkin akan merasa seperti bantuannya kepada kita tidak dihargai dan sia2. Dia mungkin akan lebih sukar/berat untuk menolong kita di kemudian hari. Jika sesama manusia pun kita telah berasa berat utk mengucapkan terima kasih, inikan pula dengan sang pencipta.

Sepanjang tahun 2010 ini, banyak nikmat yang tak disangka2 telah dikurniakan oleh Allah kepada saya. Beban yang berat yang selama ini tergalas dibahu terasa lebih ringan dengan anugerah Allah kepada saya. Namun, kealpaan saya membuatkan saya sukar utk melihatnya. Terlalu rakus mengejar dunia sehingga tidak sempat untuk berhenti dan melahirkan syukur pada Ilahi. Namun Allah itu tidak seperti manusia sifatnya, walaupun sejauh mana hamba-Nya lupa untuk menghargai-Nya, dia masih sedia memberikan rahmat yang tidak berbelah bahagi. Itu bezanya Allah dan makhluk.

Entri ini pertujuan ingin menyeru kepada kawan2 bahawa, jangan memperlekehkan perkara yang mudah kerana dampaknya positif kepada individu di sekitar kita. Dan jika terasa diri dah lama tak melahirkan syukur kepada Allah, perbanyakkan ucapan "Alhamdulillah". Tiada rugi untuk kita mengucapkan terima kasih, yang ada hanya keuntungan yang dibawa bersama ucapan itu.

UTAMAKAN KEPUTUSAN ISTIKHARAH?

Istikharah adalah merupakan suatu doa, ia boleh dibuat dengan berdoa sahaja atau solat sunat dan diikuti oleh doa.

Imam As-syawkani mengatakan ianya disyariatkan di dalam Islam dan tidak diketahui terdapat khilaf padanya (Naylul Awtar, 3/71). Kedua-dua amalan ini mempunyai asas dan amat digalakkan di dalam Islam. Asasnya termaktub di dalam hadith shohih riwayat al-Bukhari (Al-Bukhari, Kitab ad-Da’awat, no 6382; Sohih menurut Al-Bukhari, At-Tirmidzi & Abi Hatim tetapi dhoif menurut Imam Ahmad Hanbal; Shohih dengan shawahid menurut Syeikh Syuaib Arnout),


Dari Jabir r.a bahawa Nabi bersabda : “Apa seseorang kamu inginkan sesuatu maka hendaklah ia rukuk ( solat ) dua rak’at yang bukan solat fardhu (yakni solat sunat) kemudian berdoa :

“ Allahumma inni astakhiruka bi`ilmika, wa astaqdiruka bi-qudratika, wa as'aluka min fadlika al-azim, fa'innaka taqdiru wala aqdiru, wa ta`lamu wa la a`lamu, wa anta `allamu-l-ghuyub.

Allahumma, in kunta ta`lamu anna hadhal-amra [here mention your case] khairun li fi dini wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or 'ajili amri wa`ajilihi) faqdurhu li wa yas-sirhu li thumma barik li fihi.

Wa in ta`lamu anna hadhal-amra sharrun li fi deeni wa ma`ashi wa `aqibati 'amri (or `ajili amri wa ajilihi) fasrifhu `anni was-rifni `anhu, waqdur liya al-khaira haithu kana thumma 'ardini bihi.”


Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku beristikharah dengan ilmuMu dan memohon dari kekuasaanMu, dan aku memohon dari kurnianMu dan agung, dan sesungguhnya Dikaulah yang maha berkuasa dan tiadalah aku berkuasa, Dikau Maha mengetahui dan aku tidak mengetahui, dan dikau maha mengetahui perkara Ghayb, Ya Allah sekiranya urusan ini (sebutkan urusannya) baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan pengakhiranku, maka taqdirkan ia bagiku, dan sekiranya urusan / perkara ini buruk bagiku, agamaku,kehidupanku dan pengakhiranku, jauhkan ia dariku dan jauhkan ku darinya, dan berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”


Perlu juga diingat bahawa :-

Tidaklah menjadi suatu kemestian di dalam Istikharah; seseorang itu mendapat tanda di dalam mimpi, justeru ia lalu perlu tidur terlebih dahulu. Amalan istikharah sebelum tidur dan kemudian tidur dengan berwudhu bagi mendapat mimpi tanda istikharah adalah hanya cadangan dari Al-Allamah Ibn ‘Abidin (rujuk Hasyiah Ibn ‘Abidin). Manakala ulama Mazhab Syafie, Maliki dan Hanbali pula menggalakkan istikharah dibuat dalam bentuk yang paling meyakinkan tanpa menyebut “tidur”. Hakikatnya tanda istikharah boleh diperolehi dengan pelbagai cara, antaranya; selepas berdoa atau solat, berbincang dengan orang yang boleh dipercayai dan berpengalaman, juga melihat kepada tanda-tanda sekeliling termasuk bakal pasangan(dalam hal nikah kahwin).

Solat istikharah 7 kali berturut ; adapun panduan agar solat istikharah dibuat sebanyak 7 kali datang dari sebuah hadith yang dhoif iaitu : “Apabila kamu inginkan sesuatu maka beristikharahlah kepada tuhanmu sebanyak 7 kali kemudian perhatilah petanda / perasaan yang datan terlebih dahulu(dominan) di dalam hatimu” ( Riwayat Ibn Sunni dari Anas, Al-Hafidz Al-‘Iraqi, An-Nawawi, Ibn Hajar mengatakan sanadnya amat lemah, rujuk Fath al-Bari, 11/223 cet Maktabah Risalah Hadithah & Naylul Awtar, 3/71)

Terdapat juga ulama yang mencadangkan si pembuat istikharah agar jangan mempunyai kecenderungan tertentu kepada salah satu antara dua(atau lebih pilihannya) sebelum membuat istikharah. Demikian pandangan Ibn Hajar Al-‘Asqolani (Fath Al-Bari, 11/223)

Adapun soalan penanya, sejauh manakah kita perlu berpegang dengan jawapan istikharah, jawapannya tiada sebarang paksaan, malah jika gerak hati kita tiba-tiba berat untuk menolak walapun tanda-tanda menunjukkan “terima”, sebenarnya berat hati menolak itu jugalah tanda hasil istikharah.



Cuma tidak di nafikan bahawa kemungkinan membenci keputusan hati kita yang berkehendakan sesuatu itu adalah hasil hawa nafsu sebelum istikharah dimulakan, maka tatkala itu adalah digalakkan agar kita menuruti tanda-tanda Istikharah, ia berdalilkan doa yang diajarkan oleh nabi di atas yang menyebut “..berikanlah aku yang terbaik dimana jua ia berada dan jadikanlah daku redha dengannya”, sebutan ini jelas menunjukkan bahawa mungkin nafsu tidak begitu redha dengan keputusan istikharah tetapi kita memohon agar hati menjadi redha kerana keyakinan dengan petunjuk dari Ilahi.

Mengutamakan keputusan istikharah perlu diutamakan dalam hal ini, tetapi tidaklah sampai ke tahap wajib. Pandangan ini dipilih oleh Syeikh Ahmad Kutty (Senior Lecturer/Imam di Islamic Institute, Toronto). Menurut As-Syawkani, Imam An-Nawawi juga cenderung kepada perlunya seseorang meredhakan dirinya untuk menerima keputusan istikharah yang dibuat. ( Naylul Awtar, 3/71)



Galakkan menuruti tanda istikharah juga datang dari riwayat hadith Nabi SAW ertinya :

“ Salah satu sumber kebahagian anak Adam adalah beristikharah kepada Allah dan redha dengan apa yang ditentukan kepadanya, dan daripada keburukkan anak Adam adalah meninggalkan istikharah kepada Allah dan membenci apa yang telag ditentukan kepadanya”

(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi ; Hasan Menurut Ibn Hajar di dalam Fath al-Bari 11/155 ; Bagaimanapun terdapat perawi dhoif dalam sanadnya kata Syeikh Syuaib ; Rujuk Zad al-Ma’ad , Ibn Qoyyim, 2/406 cet muassasah ar-risalah). Imam Ibn Qoyyim juga mengulas kepentingan tawakkal kepada Allah dengan keputusan yang di dapati dari istikharah, lalu perlu menurutinya . ( Zad al-Ma’ad, 2/406)

*SUMBER: www.zaharuddin.net


Ego

Salam..

Hari ini saya terasa ingin menulis tanpa haluan dan perancangan. Artikel yang spontan tetapi diharap bermakna. Ditulis cuma dengan berbekalkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Cerita tentang ego. Lebih baik saya mendefinisikan ego yang ingin saya bicarakan di sini. Definisi ego saya mungkin lari jauh dari teori Sigmund Freud, dan ini adalah definisi saya. Ego boleh bersifat baik dan buruk. Ego adalah perasaan mementingkan diri. Ia penting bagi kehidupan kita namun apabila perangai mementingkan diri secara berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan kepada manusia lain, itu yang dinamakan ego yang buruk. Dan EGO yang saya maksudkan dalam penulisan saya seterusnya adalah ego dari kedua-dua sudut, baik dan buruk.

Secara umum, setiap manusia perlukan sifat ego dalam diri. Ego itu penting tetapi kadang-kadang ego itu juga boleh merosakkan perhubungan, meretakkan persefahaman, membunuh kedamaian dan meragut nyawa. Hukum yang boleh dipakai dalam hampir semua keadaan ialah, kalau perkara yang elok dilakukan berlebihan juga akan mendatangkan kemudaratan. Begitulah juga dengan ego. Sederhana=ego baik, berlebihan=ego buruk.

Izinkan saya untuk menganalogi ego dengan makan. Kita makan untuk hidup tetapi bukan hidup untuk makan. Makan terlalu sedikit menyebabkan kita lesu, kekurangan tenaga dan tidak bermaya untuk melakukan aktiviti harian akibat "hypoglycemia" (kurang gula dalam darah). Keadaan ini juga dapat mendatangkan penyakit jika di amalkan berpanjangan- Aneroxia, osteoporosis, etc. Namun apabila kita makan berlebihan, impaknya juga tidak kurang hebat. Dalam jangka pendek, kita mungkin akan berasa "bloating"-sengkak, tersandar tanpa berbuat apa-apa. Dampak jangka panjang lebih mengerikan lagi hyperglycemia (tinggi gula dalam darah) mengarah kepada Penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus), kegemukan, dyslipidemia, penyakit jantung, hypertension, etc. Cara yang terbaik ialah apabila kita melakukan sesuatu dalam kesederhanaan. MODERATE. Makan dengan bersederhana itu adalah yang terbaik. Cukup untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan, tidak berlebihan sehingga disimpan sebagai lemak.

Begitulah ego. Ego yang terlalu rendah atau terlalu tinggi membawa kemudaratan. Saya adalah seorang yang suka memerhati. Membuat perhubungan antara sikap dan situasi. Sekarang kebanyakan masa saya berada di hospital. Bermacam ragam manusia yang dapat diperhatikan. Menjadikan hasil pemerhatian sebagai cikgu kepada diri saya. Dari situ saya cuba mendapatkan input yang berguna untuk hubungan saya dengan manusia lain. Namun, tseelah lama saya bersikap memerhati dan saya dapat menyimpulkan di sini:
"There is no greater teacher than my father. He was a good man, in fact the best man that have taught me about this life. He told me without using his word. His actions were his words. "



Ayah saya mempunyai ego tetapi egonya boleh dikawal dengan sebaik-baiknya. Dia diingati sebagai seorang yang amat menjaga hubungannya dengan manusia lain. Orang boleh membuat dia marah, atau memarahi dia. Dan egonya dapat menerima dengan baik. He had no enemy. Bila ada di antara sahabat atau saudara yang tidak menyukainya, dia tidak pernah bermasam muka dengan mereka. Dia akan pergi melawat mereka yang memarahi dia. Berkunjung seolah-olah tidak ada apa-apa "pergaduhan" yang pernah berlaku sebelum itu.
Dia pernah berkata,
"Marah dia tak lama, kalau hari-hari kita lawat dia, kunjung, tunjukkan yang kita ambil berat pasal dia. Pasti marahnya reda."


Berapa ramai pada hari ini yang boleh merendahkan ego sebegitu rupa. Jangan harapkan nak melawat, memohon maaf saja sudah sulit untuk dilakukan. Hari ini kita boleh melihat kepincangan di sekeliling kita. Daripada kes perbalahan antara saudara mara, keretakan hubungan persahabatan, dan sebagainya. Solusinya mudah tetapi untuk melakukan itu yang payah. Kerana apa? Manusia itu insan yang egois. Seorang kakak tidak akan sesekali memohon maaf dari seorang adik. Kerana kakak itu lebih tua dan dianggap seolah-olah tidak pernah melakukan kesilapan. Mengalah tidak bererti kalah. Itulah yang diajar oleh ayah.

Hakikatnya berbeza sekarang, orang lain mungkin sukar untuk melakukannya, saya yang merupakan anak kepada ayah saya pun, amat sulit untuk merendahkan ego. Hurm, benarlah iman tak dapat diwarisi. Saya akui saya ego dan mungkin kawan-kawan boleh menyatakan betapa egonya saya. It needs consistent effort to be able to do what my dad have taught me, and I'm miles away from my dad's character.

I'm sorry if I have hurt anyone's feelings..


Siapa yang engkau nikahi? (Memilih Suami)

2. MEMILIH SUAMI

Sebagaimana seorang lelaki berhak memilih wanita yang memiliki sifat-sifat yang baik, akhlak yang mulia, dan adab yang tinggi, maka seorang wanita juga berhak memilih lelaki yang soleh dan memiliki sifat yang baik.

1. Agama
Rasulullah saw bersabda:
"Jika datang kepada kalian orang yang kalian redhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan puteri-puteri kalian). Jika kalian tidak melakukan hal itu, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas."
:: HR Tarmizi. Hadis ini hasan ::

Pesanan dari penulis:
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang selalu melaksanakan kemaksiatan.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang suka meminum khamr.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang suka bermain judi.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang memakan harta riba.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang menyediakan (menyuguh) minuman keras.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang suka menerima wang suap.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang suka meninggalkan solat.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki tukang sihir.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki musyrik.
  • Janganlah kalian menikah dengan lelaki yang mencela agama Islam.
Orang-orang yg soleh selalu menawarkan puteri-puteri mereka kepada orang yg soleh juga. Allah swt telah menceritakan tentang kisah orang soleh di kalangan kaum Madyan (maksudnya Nabi Syua'ib) yang telah menawarkan puterinya kepada Nabi Musa as.
Allah swt berfirman:

" Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?"

Mereka menjawab: "Kami tidak memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya".


Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan".
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: "Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami".

Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu".


Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambillah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".


Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa): "Aku hendak mengahwinkanmu dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini, dengan syarat bahawa engkau bekerja denganku selama delapan tahun; dalam pada itu, jika engkau genapkan menjadi sepuluh tahun, maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri. Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu; engkau akan dapati aku Insya Allah, dari orang-orang yang baik layanannya".


Musa menjawab: "Perjanjian itu adalah antaraku denganmu (tetap dihormati bersama); yang mana sahaja dari dua tempoh itu yang aku tunaikan, maka janganlah hendaknya aku disalahkan. Dan Allah jualah menjadi Pengawas terhadap apa yang kita katakan itu".
:: Al-Qashash: 23-28 ::

2. Akhlak
Sifat yang harus diperhatikan dalam memilih suami adalah akhlak yang baik. Seorang wanita muslimah harus berusaha keras untuk mendapatkan kepastian bahawa lelaki yang hendak meminangnya adalah lelaki yang berakhlak mulia.


3. Ketampanan
Ketampanan yang terdapat pada seorang lelaki dapat menyebabkan isterinya akan menjaga kehormatan dan kesucian dirinya. Demikianlah sebab pada hakikatnya setiap manusia memiliki tabiat cinta kepada keindahan dan benci kepada keburukan. Sebagaimana yang diketahui , wajah yang buruk dan penampilan yang tidak menarik terkadang dapat menimbulkan ketidaksenangan dalam hati isteri, walaupun suaminya itu seorang yg soleh, baik, bertaqwa, dan suci.

Suatu hari isteri Tsabit bin Qais bin Syamas ra melihat suaminya pulang bersama beberapa orang lelaki. Dia menyedari bahawa ternyata suaminya adalah org yg memiliki tubuh plg rendah dan wajah paling buruk di antara mereka.
Maka dia mendatangi Rasulullah saw lalu dia berkata:
"Wahai Rasulullah, aku tidak menganggap buruk akhlak dan agamanya (Tsabit bin Qais). Akan tetapi aku membenci kekufuran dalam Islam*."
Rasulullah saw bersabda: "Apakah kamu mahu mengembalikan kebun miliknya?"
Wanita itu menjawab:
"Ya."
Rasulullah saw pun bersabda kepada Tsabit:
"Terimalah kebun itu, dan ceraikanlah dia dengan talak satu!"
:: HR Bukhari dan Nasa'i ::

*Kekufuran di sini bermaksud tidak menunaikan hak suami yang seharusnya.

4. Usia
Calon suami yang dipilih sebaiknya adalah seorang pemuda. Seorang pemuda yang belum pernah menikah lebih baik daripada lelaki yang tua yang telah merasa bosan kepada sejumlah wanita, dan wanita-wanita itu pun telah bosan kepadanya. Selain itu, lelaki yang sudah tua juga akan memiliki hasrat seksual yang lemah dan sedikit bercanda atau bermain-main.
Seorang wanita yang masih muda biasanya akan menganggap lelaki yang sudah tua sebagai ayah atau paling tidak datuknya. Keadaan ini merupakan salah satu faktor penghambat yang sering merintangi jalan seorang menuju "gerbang" pernikahan.

Wasiat untuk para wanita dalam memilih calon suami
  • Janganlah kamu menikahi seorang pemuda yang suka bercanda, bermain-main, melupakan kewajipan, dan melakukan hal-hal yang tidak bermanfaat.
  • Janganlah kamu menikahi seorang pemuda yang bersikap dan berperilaku menyerupai wanita.
  • Janganlah kamu menikahi lelaki yang menikahinya kerana kecantikanmu sahaja , sebab jika dia melihat wanita lain yang lebih cantik darimu, maka dia pun akan meninggalkanmu dan lari kepada wanita itu.
Kita hendaklah mempunyai kemahuan untuk bertanya kepada orang tua yang telah menjalani kehidupan berumah tangga selama puluhan tahun.
Pada masa sekarang ini , banyak sekali pemuda yang terburu-buru untuk menikah setelah terjalin batin (baca:cinta) antara mereka dan remaja puteri. Padahal yang lebih utama untuk dilakukan adalah hendaknya salah seorang antara mereka memanjangkan masa pengamatannya terhadap sifat-sifat wanita yang ingin dinikahi. Demikian pula sebaliknya, seorang remaja puteri juga hendaknya memanjangkan masa pengamatannya terhadap sifat-sifat lelaki yng ingin menikahinya. Selain itu juga dia harus bertanya kepada ayah, ibu, dan saudara maranya, serta orang-orang yang sudah bernikah, sebab cinta dapat membuat penglihatan seseorang buta dan pendengarannya tuli.

5. Nasab
Seorang wanita juga harus memperhatikan terlebih dahulu status dan nasab calon suaminya. Pentingnya masalah ini mungkin tidak akan dirasakan oleh seorang wanita kecuali setelah dia melahirkan seorang anak, sbb seorang wanita mungkin tidak banyak terpengaruh oleh kondisi keluarga suaminya yang rosak ataupun akhlak mereka yang tidak baik. Akan tetapi, ketika dia telah dikurniakan anak, mungkin dia dapat merasa ada faktor luar yg dpt mempengaruhi tingkahlaku dan peribadi anaknya itu.

Kafaa'ah antara suami isteri
Yang dimaksudkan dengan kafaa'ah adalah kesamaan atau kesepadanan latar belakang antara suami dan isteri, baik dalam komitmen beragama, akhlak, lingkungan sosial, mahupun harta. Para ahli fekah telah menganggap penting faktor kafaa'ah. Sebahagian dari mereka memberi faktor yang banyak, sedangkan sebahagian hanya memberikan satu syarat (persamaan dalam komitmen beragama).

Kesepadanan antara suami dan isteri dalam hal komitmen keagamaan, akhlak, status sosial, nasab, profesi, sama-sama merdeka, dari keluarga muslim, dan tidak cacat, merupakan perkara yg sangat penting. Meskipun demikian, hal itu hanya disunnahkan dan tidak dianggap sebagai syarat sah akad nikah.

Meninjau realiti yang ada pada masa kini, dapat disimpulkan bahawa lemahnya komitmen keagamaan dan banyak kejadian maksiat telah menuntut kita untuk memperhatikan kafaa'ah dalam hal-hal yg lain. Bagi masyarakat terdahulu, komitmen keagamaan telah menjadi faktor yang dapat menutupi setiap aib. Ini berbeza dengan realiti pada zaman sekarang, di mana kita sering melihat banyak perselisihan atau penceraian antara suami isteri kerana seorang isteri lebih tinggi status sosial, pendidikan dan harta berbanding dengan suaminya.

Sebagai contoh, seorang isteri yang bekerja sebagai seorang doktor tidak layak untuk berkahwin dengan tukang sapu atau tukang kasut. Ini disebabkan perbezaan dari tingkat mental, dan keilmuan. Selain itu, juga disebabkan kerana tingkat kepatuhan wanita kepada suaminya relatif rendah, sehingga ketika seorang wanita memiliki kedudukan yang tinggi, harta yang banyak, dan tingkat keilmuan yang tinggi, biasanya dia tidak mahu patuh kepasa lelaki (suaminya) yang kedudukannya lebih rendah darinya. Meskipun pada awal perkahwinan, dia patuh kepada suaminya, tetapi ketika menghadapi kesulitan dalam rumah tangga, sifat aslinya akan terlihat jelas.

Previous Entry: Mengapa aku bernikah/berkahwin?
Siapa yang engkau nikahi? (Memilih Isteri)

Next Entry: Proses Pernikahan (Sebelum Meminang)

Mimpi pagiku yang bermakna

Astaghfirullah..Itulah satu-satunya perkataan yang terkeluar dari bibirku seawal aku bangun tadi. Ya Allah, apakah mimpi aku itu benar? Apakah ia bakal terjadi.

MALANG DI LANDA TSUNAMI, HANYA 40 TERSELAMAT.

Itu judul mimpiku sebentar tadi. Ku pendekkan cerita. Malang dilanda tsunami dan tiada satu pun pelajar Malaysia yang terselamat, termasuklah aku. Dan di dalam mimpi itu, sebelum kematianku aku sudah melukai hati ibuku. Aku teramatlah menyesal.

Apa yang benar2 terkesan dalam hatiku, adalah pesanan dari seorang tua kepadaku. Anak, ini cuma sebuah mimpi. Kau masih boleh bertaubat dan merubah perkara. Minta ampunlah kepada Ibu mu dan berbuatlah baik kepada dia. Nescaya kamu akan menjadi orang-orang yang beruntung. .

PS://Benar mimpi itu satu bentuk pendidikan dan juga pengajaran. Barangkali dosa aku kepada emak terlalu banyak. Mungkin masih ada perkara yang Mak terasa dan aku tidak tahu, perkara yang Mak terasa tapi aku buat2 tak tahu dan perkara yang Mak terasa dan aku tahu tetapi aku terlalu ego untuk meminta ampun darinya. Biarlah tembok ego aku runtuh di hadapan Mak dari menanggung malu di hadapan pencipta. Biarlah emak tahu bahawa, pengorbanannya sebagai ibu tunggal amat dihargai oleh anaknya di Malang ini. Biar jauh beribu batu, aku masih menyayanginya, mengingatinya dan mendoakannya. InsyaAllah..

Siapa yang engkau nikahi? (Memilih Isteri)


Sabda Rasullullah saw:

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu”
:: Riwayat Bukhari dan Muslim ::

1. MEMILIH ISTERI

a) Agama
Calon isteri hendaklah merupakan seseorang yang solehah dan memiliki komitmen keagamaan yang tinggi. Ini merupakan prinsip yang harus diperhatikan, kerana jika seseorang wanita itu lemah dalam menjaga kesucian dirinya, maka dia akan merosakkan nama baik suami, menyebabkan hati suaminya dipenuhi perasaan cemburu, merosakkan masa depan anak-anak, hidup suami bertambah sulit dan menyebabkan kesedihan yang makin bertambah. Jika suami meneruskan rumah tangga dengan api cemburu, maka dia akan berada dalam penderitaan dan kesusahan. Jika dia tidak mengendahkan hal itu, maka dia telah dianggap telah meremehkan agama dan kehormatannya.

Alasan nabi saw menganjurkan untuk seorang lelaki memilih wanita yang mempunyai komitmen agama yang kuat adalah wanita itu nanti akan menjadi pembantu kepada dirinya dalam menjalankan ajaran-ajaran agama. Tetapi sebaliknya, wanita yang tidak memiliki komitmen agama yang tinggi akan membuatkan suami lalai dan terganggu salam menjalankan ajaran-ajaran agama.

b) Akhlak
Sebahagian orang Arab berkata: "Janganlah kalian menikahi enam jenis wanita, iaitu:
1. Annaanah: wanita yang suka merintih dan mengeluh serta sering mengaku sakit kepala. Pernikahan dengan wanita yg suka berpura-pura sakit, tidak ada kebaikan sedikit pun didalamnya.

2. Mannaanah: wanita yang suka menyebut-nyebut pemberiannya kepada suami.

3. Hannaanah: wanita yang merindukan adanya suami lain atau anak dari suami lain. Ini juga perkara yang wajib dijauhi.

4. Haddaaqoh: wanita yang setiap kali melihat suatu barang, maka dia akan tertarik kepadanya dan akan menyuruh suaminya untuk membeli barang tersebut.

5. Barrooqah: mempunyai dua erti.
a) wanita yang sepanjang siang menghiasi wajahnya agar terlihat indah.
b) wanita yang marah (tidak suka) ketika diberi suatu makanan.

6. Syaddaaqoh: wanita yang lebar mulutnya atau banyak bicara.

Rasulullah saw bersabda:

"Sesungguhnya orang yang paling aku benci di antara kalian dan kedudukannya paling jauh dariku pada hari Kiamat nanti adalah Ats-Tsartsarun (org yg cerewet), Al-Mutasyaddiqun (yg byk bicara), dan Al-Mutafaihiqun."
Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, kami telah mengetahui siapa yang dimaksud dengan Ats-Tsartsarun dan Al-Mutasyaddiqun, tetapi siapa Al-Mutafaihiqun itu?"
Rasulullah menjawab: "Orang-orang yang sombong."
:: HR Tarmizi. Tarmizi berkata: kualiti hadis ini adalah hasan(baik) ::

Ada pula sebahagian orang yang berkata: "Janganlah kamu menikahi empat jenis wanita:

1. Mukhtali'ah: wanita yang setiap saat menuntut khulu'(cerai) tanpa ada sebab apa pun.

2. Mubaariyah: wanita yang sombong terhadap wanita lain dan selalu membangga-banggakan
hal duniawi

3. 'Aahiroh: wanita fasiq yang memiliki lelaki idaman lain.

Firman Allah swt:
"...dan bukan pula yang mengambil lelaki sebagai teman simpanan. "
:: An-Nisa':25 ::

4. Naasyiz: wanita yang mengalahkan suaminya baik dalam hal perbuatan maupun
perkataannya

Ali ra pernah berkata:

"Sifat-sifat yang jika ada pada pada diri kaum lelaki dianggap sebagai sifat paling buru, sedangkan jika ada pada diri kaum perempuan dianggap sebagai sifat-sifat paling baik adalah: bakhil, sombong dan penakut. Sebab jika seorang wanita bakhil, maka dia akan dapat menjaga hartanya sendiri dan juga harta suaminya. Jika dia sombong (terhadap lelaki), maka dia tidak akan berbicara kepada setiap lelaki dengan perkataan yang lembut dan dapat membangkitkan ghairah lelaki. Jika dia penakut, maka dia akan meninggalkan segala sesuatu yang buruk, tidak akan keluar dari rumahnya seorang diri, dan dia akan menghindari hal-hal yang dapat menimbulkan fitnah kerana takut kepada suaminya."

Sekadar hiasan.

c) Kecantikan
Ini merupakan sesuatu yang dianjurkan, disukai, dan ditekankan sebab dengan kecantikan, terpeliharanya diri seorang lelaki dari kemaksiatan dan tercapainya kesucian dirinya, dapat terwujud.
Apa yang disebutkan sebelum ini utk memilih perempuan yang memiliki komitmen keagamaan yang tinggi bukanlah suatu larangan untuk memperhatikan faktor kecantikan. Akan tetapi, itu hanyalah larangan untuk menikahi seorang wanita hanya kerana kecantikannya semata-mata.

Diriwayatkan dari Mughirah bin Syub'bah, bahawa dia pernah meminang seorang wanita, maka nabi saw pun bersabda kepadanya:

"Lihatlah wanita itu, kerana sesungguhnya hal itu lebih dapat menumbuhkan rasa cinta di antara kalian berdua"
:: HR Tarmizi, Nasa'i dan Ibnu Majah ::

Al-A'masy berkata:

"Setiap pernikahan yang dilakukan tanpa melihat calon mempelai terlebih dulu akan berakhir pada kesulitan dan kepedihan."

Rasulullah saw bersabda:

" Wanita yang terbaik di antara wanita-wanita kalian adalah wanita yang jika suaminya melihat kepadanya, maka dia akan menyenangkan suaminya. Jika suaminya memerintahkan kepadanya, maka dia mentaatinya. Dan jika suaminya sedang tidak ada di rumah, maka dia kan menjaga dirinya dan juga harta suaminya."
:: HR Nasa'i dgn sanad yg sahih ::

d) Subur
Sabda Rasulullah saw:

"Nikahilah oleh kalian wanita yang besar rasa cintanya lagi subur peranakannya, kerana sesungguhnya aku akan membanggakan kalian di hadapan umat-umat lainnya pada hari kiamat nanti."
:: HR Abu Daud dan Nasai'. Sanat hadis adalah sahih ::

e) Masih perawan (anak dara)
Rasulullah saw pernah bersabda kepada Jabir ra yang telah menikahi seorang janda:
" Mengapa kamu tidak menikahi seorang perawan sehingga kamu dapat bermain-main (bercanda) dengannya dan dia pun dapat bermain-main denganmu?"

Terdapat tiga faedah yang terselindung di sebalik status perawan itu:
1. Wanita yang masih perawan akan lebih mencintai dan menyayangi suaminya sehingga sanag suami dapat merasakan erti sebuah "cinta".

Rasulullah saw bersabda:
"Nikahilah oleh kalian wanita yang besar rasa cintanya..."
Hal ini disebabkan tabiat manusia untuk menyenangi hal-hal yang pertama kali dikenalinya.

2. Hal itu akan menjadikan cinta seorang lelaki kepada isteri lebih sempurna, sebab tabiat manusia cenderung tidak menyukai wanita yang pernah disentuh oleh lelaki lain.

3. Biasanya seorang wanita akan merasa rindu kepasa suami pertamanya.

Meskipun demikian, tidaklah mengapa jika seorang lelaki menikahi janda dan lebih mengutamakannya daripada seorang perawan, ketika ada maslahat tertentu menuntutnya untuk melakukan hal itu.

f) Memiliki nasab (keturunan) yang baik
Barangsiapa yang dikurniakan wanita yang solehah dan memiliki garis keturunan yang baik, maka sungguh dia telah dikurniakan sebidang tanah di syurga, lalu kebaikan dalam berbagai macam bentuknya pun akan terkumpul pada dirinya. Oleh kerana itu, hendaklah dia bersyukur kepada Allah swt.

g) Bukan kerabat dekat
Umar ra pernah berkata kepada keluarga As-Sa'ib:
"Sungguh kalian telah membuat kurus (keturunan kalian). Kerananya nikahilah oleh kalian wanita-wanita asing (yg bukan kerabat dekat), sehingga anak yang dilahirkan pun tidak kurus. Sesungguhnya hasrat seksual itu akan muncul kerana kuatnya dorongan yang berasal dari pandangan mata dan sentuhan kulit; dan sesungguhnya dorongan itu akan menjadi kuat ketika seseorang berhadapan dengan sesuatu yang masih asing dan baru baginya. Akan tetapi, jika sesuatu itu merupakan sesuatu yang biasa dilihatnya, maka dorongan itu akan lemah, sehingga tidak dapat memunculkan hasrat seksual yang kuat."
:: Diriwayatkan oleh Al-Harbi ::

h) Sekufu' (setara dalam tingkat ilmu yang dimiliki)
Seorang suami sebaiknya memiliki tingkat pendidikan yang lebih tinggi daripada isteri, atau paling tidak setara dengannya. Pada dasarnya setiap lelaki menyukai kemuliaan (keunggulan daripada isterinya), sehingga ketika dia menyedari bahawa dirinya memiliki darjat yang lebih rendah daripada isterinya, maka dia akan cepat menceraikannya.

i) Maharnya ringan
Sabda Rasulullah saw:

"Sebaik-baik wanita adalah yang memiliki kedudukan paling baik, tetapi paling murah (paling ringan) maharnya."
:: HR Ibnu Hibban ::

Umar ra pernah berkata:

"Rasulullah saw tidak pernah menikah ataupun menikahkan puteri2nya dengan mahar lebih dari 400 dirham. Seandainya sikap berlebih-lebihan dalam menentukan jumlah mahar tersebut termasuk suatu kemuliaan, nescaya Rasulullah saw akan menjadi org yang pertama melakukan hal itu."
:: HR empat Imam hadis ::


Previous Entry: Mengapa aku bernikah/berkahwin?
Next Entry: Siapa yang engkau nikahi? (Memilih Suami)

Lain Sudut, Lain Pandangannya


Salam..

Berfikir dan melihat itu baik. Itu adalah cara kita untuk memahami hidup kita. Pandangan hidup kita mungkin berbeza jika kita melihat pada sudut yang lain.

Secara jujurnya, saya beranggapan bahawa saya adalah seorang yang baik dan saya patut menerima perkara yang baik-baik dalam hidup. Bila ada perkara yang tidak baik yang berlaku, saya akan sering bertanya, “Apakah kesilapanku sehingga aku menerima musibah ini? ” Begitu angkuh sekali pertanyaan di lubuk hati saya. Terdapat tanda riak dan takabbur dalam diri.

Saya sering beranggapan bahawa, “I am a good person which bad things happen to me”. Tapi hari ini saya cuba membuat putaran seratus lapan puluh darjat kepada pernyataan itu. “I am a bad person which good things happen to me”. Ada benar juga dalam pernyataan itu. Saya sering meletakkan diri dalam posisi sempurna, tanpa cela. Hakikatnya jelas berbeza. Bila saya berfikir seperti pernyataan pertama, saya akan menjadi angkuh, mempersoalkan semua ujian yang diterima. Kononnya orang baik harus menerima yang baik-baik sahaja. Itu membuatkan saya tidak bersyukur.

Bayangkan bila pernyataan kedua yang jadi pegangan. Saya akan sedar bahawa betapa hinanya saya. Walaupun dengan kejahilan dan kejahatan saya selama ini, Allah masih mahu memberi. Memberi hidup yang baik, keluarga yang baik, keamanan, kemakmuran, dan kesenangan.


Saya percaya dengan firman Allah:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat;

dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.

Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

::An-Nur:26::


Diri saya, saya letakkan pada ayat yang kedua (Agak “koya” di situ) - "dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik".Selalu saya renungi, di mana silap saya apabila lelaki yang saya sukai dan yang menyukai saya, sering bukan seperti yang saya idamkan. Lelaki idaman saya yang ingin saya jadikan suami, adalah sosok lelaki yang soleh, beriman dan bertaqwa kepada Allah. Mampu menjadi imam yang terbaik dalam hidup saya. Tapi amat jarang saya bertembung dengan orang-orang begini dalam hidup saya. Kalau ada pun sangat sulit untuk digapai, tak terjangkau. Lalu saya menyimpulkan, mungkin belum masanya saya bertemu dengan lelaki sedemikian, ataupun saya mencari di tempat yang salah.

Kali ini saya mahu meletakkan diri saya pada ayat yang pertama-"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat". Situasi saya juga dapat diterangkan dengan ayat itu. Bagaimana jika, saya bertemu dengan lelaki sedemikian kerana saya juga sedemikian. Teringat kembali kata-kata kakak saya sebelum ini bahawa adanya “Law of Attraction” dalam kehidupan kita. Kita tertarik dan akan menarik pada orang yang hampir sama dengan kita. Ha.. Ada benarnya. Saya tidak cukup baik untuk orang-orang yang baik. IT IS ANNOYINGLY TRUE. Kembali kepada nasihat-nasihat yang selalu diberikan dalam mencari jodoh. Jika anda mahu orang yang soleh, anda harus solehah dulu. Itu usaha yang terbaik dan lebih berkesan. Jika kita terus mencari tanpa menyedari “what we made of” dan orang macam mana yang “made for us”, pencarian akan menjadi amat sukar. Ukur baju di badan sendiri. Pipit sama pipit, enggang sama enggang. Sepertinya, saya adalah si pipit yang tergila-gilakan sang enggang. Mustahil jika saya terus bersikap sebegini, saya akan mendapat sang enggang.



Hanya dua pernyataan ini yang mampu saya kupas dan benar-benar berkaitan dengan hidup saya. Betapa selama ini saya melihat pada sudut yang lain. Hari ini saya membuka minda kepada pernyataan bahawa, “You are never good enough for Allah”. Pandanglah dari perspektif yang dapat mendorong kita untuk berusaha menjadi yang terbaik bukan menjadi si hina yang angkuh.

Izinkan saya akhiri, tulisan saya pada hari ini dengan sebuah hadis. Sekadar renungan untuk kita.

Rasulullah saw bersabda: " Tidak akan masuk syurga seseorang yang terdapat dalam hatinya sifat sombong (kibr) meskipun hanya sebesar biji sawi."

:: Hadis Riwayat Muslim ::